
Encik Zaidi telah datang ke kedai kami membawa iPhone 13 Pro miliknya. Masalahnya adalah iPhone tak boleh on dan jadi secara tiba-tiba. Kami meminta encik Zaidi untuk tunggu sebentar sementara technician kami cari punca masalah pada iPhone ini. Pertama sekali, kami buka iPhone ini dan cabut connector bateri. Kami dapati bahawa elektrik masuk dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Kedua, kami tukar skrin iPhone ini dengan yang baru (masih diagnose masalah). iPhone boleh on tanpa sebarang masalah selepas skrin baru dipasang. Kami memberitahu encik Zaidi berkenaan masalah ini dengan terperinci. Beliau meminta kami untuk tukar skrin iPhone tetapi tanpa notifikasi ‘unknown part’. Sebarang third party repair, akan menimbulkan notifikasi ini.

Kami cadangkan untuk transfer IC daripada skrin lama ke skrin baru. iPhone akan membaca cip IC ini sebagai skrin original daripada Apple. Jadi, tiada masalah skrin tidak genuine dengan kaedah ini. Kemudian, skrin dipasang semula pada iPhone untuk diuji. Skrin baru berfungsi dengan baik dan tiada masalah lain yang detemui. Setelah itu, iPhone dipasang semula sepenuhnya dan dipulangkan kepada encik Zaidi. Kami berjaya tukar skrin iPhone 13 Pro ini dalam tempoh 1 jam sahaja. Encik Zaidi sangat berpuas hati dengan servis tukar skrin tanpa notifikasi ‘unknown part’. Hubungi kami melalui social media atau Whatsapp untuk repair iPhone anda.


PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]
EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]
