Artikel harini berkenaan proses untuk tukar LCD iPhone 11 Pro Max. Kedai kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Selamat sejahtera kepada semua pembaca artikel kami. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak. Tempoh masa untuk tukar bateri iPhone adalah 30 minit dan kami memberi waranti selama 6 bulan. Tambahan lagi, kami bukan sahaja membaiki iPhone atau pun peranti Apple, tetapi kami juga mampu membaiki peranti Android. Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp di talian 0196000508 atau media sosial kami.
Waranti Apple menyediakan perlindungan pembaikan hardware selama setahun untuk masalah pembuatan (manufacture defect). Ia tidak meliputi isu perisian atau kerosakan-kerosakan yang tidak disengajakan yang disebabkan oleh penyalahgunaan pengguna sendiri. Ini bermakna jika skrin anda retak kerana anda menjatuhkannya, ia tidak akan dilindungi oleh waranti Apple. Nilai iPhone yang rosak bernilai kira-kira satu pertiga kurang atau separuh daripada nilai peranti.
Encik Haziq telah datang ke kedai kami membawa iPhone 11 Pro Max miliknya yang sudah retak. Beliau hendak tukar LCD iPhone dan memilih skrin original untuk menggantikan skrin iPhone miliknya. Kami meminta beliau untuk duduk sebelum kami memulakan proses tukar LCD iPhone beliau. Pertama sekali, peranti ini dibuka dan kabel bateri ditanggalkan. Kedua, kami mengeluarkan skrin dan menggerakkan komponen pada skrin lama kepada skrin baru. Kemudian, kami menggunakan peranti asing untuk memastikan kebolehan TruTone boleh digunakan pada skrin lama. Seterusnya, kami memasang skrin baru pada iPhone ini dan memasang semula peranti ini. Setelah selesai tukar LCD iPhone ini, kami memulangkan ia semula kepada beliau.
PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]