Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Artikel harini berkenaan proses untuk tukar LCD iPhone 11. Kedai kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Selamat sejahtera kepada semua pembaca artikel kami. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak. Tempoh masa untuk tukar bateri iPhone adalah 30 minit dan kami memberi waranti selama 6 bulan. Tambahan lagi, kami bukan sahaja membaiki iPhone atau pun peranti Apple, tetapi kami juga mampu membaiki peranti Android. Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp di talian 014500085 atau media sosial kami.

Memilih servis perkhidmatan tukar LCD iPhone merupakan pilihan yang lebih baik, kerana ia menjimatkan masa dan wang pelanggan. Dalam kebanyakan kes, tukar LCD iPhone boleh memanjangkan jangka hayat peranti anda selama beberapa bulan (atau bahkan bertahun-tahun, terpulang kepada keadaan peranti tersebut). Secara ringkasnya, waranti Apple menyediakan perlindungan pembaikan hardware selama setahun untuk masalah pembuatan (manufacture defect). Ia tidak meliputi isu perisian atau kerosakan-kerosakan yang tidak disengajakan yang disebabkan oleh penyalahgunaan pengguna sendiri. Ini bermakna jika skrin anda retak kerana anda menjatuhkannya, ia tidak akan dilindungi oleh waranti Apple. Nilai iPhone yang rosak bernilai kira-kira satu pertiga kurang atau separuh daripada nilai peranti.

Cik Zahra telah datang ke kedai kami membawa iPhone 11 miliknya yang sudah rosak. Beliau hendak tukar LCD iPhone miliknya ini. Kami meminta beliau untuk memilih jenis skrin untuk digantikan dan beliau memilih kualiti OEM. Perbezaan pada jenis skrin adalah perbezaan warna skrin dan harga. Pelanggan boleh mengikut bajet sendiri untuk membaiki peranti mereka. Sebelum memulakan proses tukar LCD iPhone beliau, kami meminta beliau untuk duduk di tempat menunggu kami. Pertama sekali, peranti ini dibuka dan kabel bateri dicabut. Kedua, kami mengeluarkan skrin lama dan menggerakkan komponen di atas skrin lama kepada skrin baru. Seterusnya, juruteknik kami tukar LCD iPhone ini dan memasang peranti ini semula. Di samping itu, kami memastikan peranti ini tidak mempunyai sebarang masalah sebelum memulangkan iPhone ini kepada beliau. Tambahan lagi, skrin OEM mempunyai waranti selama 6 bulan. Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kerana servis yang cepat.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

Pin It on Pinterest