Artikel harini berkenaan proses untuk tukar bateri iPhone 11 Pro. Kedai kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Selamat sejahtera kepada semua pembaca artikel kami. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak. Tempoh masa untuk tukar bateri iPhone adalah 30 minit dan kami memberi waranti selama 6 bulan. Tambahan lagi, kami bukan sahaja membaiki iPhone atau pun peranti Apple, tetapi kami juga mampu membaiki peranti Android. Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp di talian 014500085 atau media sosial kami.
Jika peranti yang anda gunakan tidak boleh dihidupkan, kami sangat menyarankan untuk bawa ke kedai. Banyak punca yang boleh menyebabkan peranti anda tidak boleh dihidupkan. Antara punca – punca yang menyebabkan masalah ini adalah bateri yg tidak berfungsi dengan baik. Jangka hayat bateri iPhone akan berkurang dengan penggunaan peranti yang meninkat. Solusi untuk masalah ini adalah untuk tukar bateri iPhone itu. Proses untuk tukar bateri iPhone mengambil masa dalam 15-30 minit sahaja.
Encik Zikri telah datang ke kedai kami dengan iPhone 11 Pro miliknya yang tidak boleh dihidupkan. Kami meminta untuk beliau duduk sementara kami memeriksa iPhone miliknya. Pertama sekali, kami membuka peranti ini dan memeriksa kesemua komponen di dalamnya. Hasilnya adalah kami mendapati bahawa bateri iPhone ini sudah rosak. Kami memberitahu kepada beliau berkenaan masalah ini dan beliau meminta untuk kami tukar bateri iPhone miliknya. Kedua, kami membuang gam pada bateri itu dan mengeluarkan bateri tersebut. Seterusnya, kami memasang bateri baru pada peranti ini dan menutupkan semula. Tambahan lagi, kami memeriksa peranti ini sepenuhnya sebelum memulangkan semula kepada beliau. Akhir sekali, kami berjaya untuk tukar bateri iPhone ini dalam tempoh 15 minit dan beliau berpuas hati dengan servis kami.
PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]