Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Sebelum tukar skrin iPhone retak

Harini kami akan kongsikan proses tukar skrin iPhone retak di iPro Ampang. Kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak. Oh ya, kami boleh tukar bateri Apple Watch anda dalam 30 minit dan ada waranti 6 bulan tau. Nak repair android boleh, nak repair iPhone pun boleh, kami boleh repair kebanyakan model yang ada sekarang. Kalau iPhone anda ada sebarang masalah, boleh hubungi kami melalui Whatsapp 0196000508.

Selepas tukar skrin iPhone retak

Cik. Rahimah telah datang ke kedai kami membawa iPhone 11 Pro Max yang mempunyai skrin yang retak. Beliau meminta kami untuk tolong tukar skrin iPhone retak ini secepat yang mungkin. Kami boleh repair iPhone cepat, tetapi kami kena pastikan tiada kerosakan lain selain skrin yang retak. Pertama sekali, kami memberikan beberapa pilihan skrin untuk digantikan dan beliau memilih INCELL. Kedua, kami membuka iPhone ini dan mencabut connector bateri. Kemudian, skrin lama dan komponen pada skrin itu dikeluarkan. Kesemua komponen pada skrin lama itu akan digerakkan ke skrin baru. Seterusnya, skrin baru dipasang dan iPhone ini dipasang semula. Akhir sekali, kami memulangkan iPhone ini kepada beliau setelah skrin diuji. Beliau amat berpuas hati tukar skrin iPhone retak pada harga yang murah dan cepat.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

Pin It on Pinterest