Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 hriproampang@gmail.com

Artikel harini berkenaan proses untuk tukar lens kamera iPhone. Kedai kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Selamat sejahtera kepada semua pembaca artikel kami. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak.  Selain itu, tempoh masa untuk tukar lens kamera iPhone adalah 30 minit dan kami memberi waranti selama 1 bulan. Tambahan lagi, kami bukan sahaja membaiki iPhone atau pun peranti Apple, tetapi kami juga boleh membaiki peranti Android. Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp di talian 0196000508 atau media sosial kami.

Lens Kamera adalah kaca yang berada di atas kamera belakang iPhone/peranti anda. Lens kamera iPhone agak mudah untuk retak atau pecah. Kami di iPro Ampang sudah berjaya tukar lens kamera iPhone lebih daripada 200 lens kamera sepanjang tempoh beroperasi kami. Selain itu, anda boleh tambah screen protector untuk lens kamera. Terdapat pelbagai jenis dan jenama untuk screen protector lens kamera. Contohnya, syarikat XOne yang mengeluarkan screen protector yang disahkan drop proof. Ini bukan saja menjamin lens kamera iPhone tak retak, tetapi membantu anda mengambil gambar yang cantik.

Cik Wati telah datang ke kedai kami dengan iPhone miliknya yang bermasalah. Masalah yang dihadapi beliau adalah lens kamera retak. Kami mencadangkan untuk tukar lens kamera iPhone ini selepas melihat keadaan iPhone ini. Beliau bersetuju dan tunggu di ruangan menunggu sementara kami tukar lens kamera iPhone ini. Pertama sekali, iPhone ini dibuka dan komponen berdekat area kamera dikeluarkan. Ini adalah untuk mengelakkan komponen lain rosak ketika proses menukar lens kamera iPhone. Kedua, kami panaskan area kamera dan keluarkan lens kamera yang sudah retak. Kemudian, lens kamera iPhone yang baru dipasang dan dikeringkan bawah cahaya UV. Seterusnya, iPhone ini dipasang semula dan dipulangkan kepada beliau semula.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

Pin It on Pinterest