Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Sebelum cuci kamera iPhone

Kamera adalah modul yang paling menarik pada iPhone. Kebolehan kamera adalah untuk mengambil gambar dan video beresolusi tinggi. Jika terdapat kotoran ketika mengambil gambar, ini adalah masalah kamera. Lensa kamera juga memainkan peranan penting dalam mengambil gambar dan video. Lensa kamera yang kotor perlu dicuci untuk tangkapan gambar yang jelas dan cantik. Kos untuk cuci kamera iPhone adalah lebih rendah berbanding kos tukar kamera. Cik Arissa telah datang ke kedai kami membawa iPhone 13 Pro miliknya. Masalahnya adalah kamera kotor atau rosak. Seperti di dalam gambar, terdapat satu bintik pada bahagian tengah kiri skrin ketika menggunakan kamera. Kami memberitahu beliau ada dua kemungkinan untuk kerosakan ini, iaitu kamera atau lensa kamera.

Selepas cuci kamera iPhone

Pertama, technician membuka iPhone ini dan cabut konektor bateri. Ini adalah untuk mengelakkan elektrik daripada mengalir ketika proses repair iPhone. Kedua, skrin ditanggalkan untuk technician akses bahagian kamera. Kemudian, lensa kamera dicuci selepas modul kamera dikeluarkan dahulu. Lensa kamera dicuci menggunakan air chemical supaya bersih daripada sebarang habuk. Seterusnya, kamera dan skrin dipasang semula untuk tujuan testing. Kamera berfungsi dengan baik tanpa sebarang kerosakan pada gambar. Rujuk gambar kedua, bintik kecil sudah hilang ketika gunakan kamera iPhone. Akhir sekali, iPhone dipasang sepenuhnya untuk dipulangkan semula kepada Cik Arissa. Kami berjaya untuk cuci kamera iPhone dalam tempoh 30 minit sahaja. Hubungi kami melalui Whatsapp atau social media untuk maklumat lanjut berkenaan masalah iPhone anda.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]

 

Pin It on Pinterest