Encik Haris telah datang ke kedai kami membawa iPhone 12 miliknya. Masalahnya adalah glass pada skrinnya sudah terangkat sikit. Ini boleh menyebabkan air masuk ke dalam skrin dan merosakkan skrin iPhone. Beliau meminta kami untuk tukar skrin iPhone yang baru. Kami mencadangkan kepada beliau untuk tukar skrin glass iPhone sahaja. Ini adalah lebih murah berbanding tukar skrin iPhone baru seketul. Beliau bersetuju dengan cadangan kami dan tunggu di ruangan menuggu. Technician kami membuka iPhone ini dengan berhati-hati dan menanggalkan connector battery. Kemudian, skrin iPhone ini dikeluarkan untuk proses tukar skrin glass.
Seterusnya, skrin diletakkan di atas mesin pemanas untuk mencairkan gam antara skrin dan glass. Kaca dicungkil dengan rapi tanpa merosakkan skrin iPhone ini. Bekas gam dibuang dengan rapi menggunakan alcohol. Glass screen iPhone yang baru dipasang pada skrin dan digamkan sekali. iPhone ini dimasukkan kedalam mesin vakuum untuk memastikan tiada gelembung udara antara skrin dan glass. Selesailah proses tukar skrin glass iPhone dalam 1 sahaja di iPro Ampang. Akhir sekali, kami test iPhone ini sepenuhnya dan iPhone dipulangkan semula kepadanya. Anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp 0196000508 atau social media iPro Ampang. Terima kasih diucapkan kepada semua kerana percayakan servis repair iPhone kami.
PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]
EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]