Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 hriproampang@gmail.com

Harini kami akan kongsikan proses tukar bateri Apple Watch di iPro Ampang. Kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak. Oh ya, kami boleh tukar bateri Apple Watch anda dalam 30 minit dan ada waranti 6 bulan tau. Nak repair android boleh, nak repair iPhone pun boleh, kami boleh repair kebanyakan model yang ada sekarang. Kalau iPhone anda ada sebarang masalah, boleh hubungi kami melalui Whatsapp 0196000508.

Apple Watch adalah satu jam yang boleh dipakai macam jam biasa, cumanya Apple Watch boleh buat macam-macam. Daripada call orang lain, reply iMessage, fitness application, real live location, heartbeat dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, ia boleh dikatakan sebuah iPhone yang kecil dan digunakan sebagai jam. Apple Watch mempunyai bateri berkapasiti rendah dan skrin OLED yang menggunakan kebanyakan baterinya. Sedih untuk beritahu bahawa bateri Apple Watch hanya mampu tahan 15-18 jam. Jika bateri health rendah daripada 80%, kami sarangkan untuk tukar bateri Apple Watch itu.

Cik Ros telah datang ke kedai kami membawa Apple Watch miliknya. Bateri Apple Watch ini agak kembung dan menolak skrin keluar daripada frame. Kami mencadangkan kepada beliau untuk tukar bateri Apple Watch ini dan beliau bersetuju. Ini adalah Apple Watch yang pertama (first edition) dan bateri yang sedia ada ini sudah digunakan lebih daripada yang patut. Pertama sekali, Apple Watch ini dibuka dan skrin ditanggalkan. Kedua, bateri dikeluarkan dan ditukar dengan bateri baru. Kemudian, Apple Watch ini diperiksa semula sebelum pemasangan semula. Seterusnya, Apple Watch dipasang semula dan dipulangkan semula kepada beliau.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

 

Pin It on Pinterest