Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Encik Ilyas telah datang ke iPro Ampang membawa iPhone 13 Pro miliknya. Masalah peranti ini adalah backglass iPhone pecah. Kami memberitahu beliau bahawa proses tukar backglass iPhone mengambil masa 1 jam sahaja. Kami akan gunakan mesin laser untuk keluarkan backglass yang retak. Selain itu, kami juga akan gunakan mesin UV untuk cepatkan proses pengeringan gam backglass. Beliau bersetuju untuk tukar backglass dan tunggu sementara technician membaiki iPhone ini. Pertama sekali, iPhone dibuka supaya sambungan bateri boleh dicabut. Kedua, kami tanggalkan skrin daripada iPhone untuk elakkan skrin calar.Tambahan lagi, technician pasang penutup untuk camera, ini untuk pastikan laser tidak merosakkan camera.

Selepas tukar backglass iPhone

Kemudian, kami gunakan mesin laser untuk menanggalkan backglass lama. Laser ini akan membakar gam yang ada pada backglass. Kemudian, technician cungkil keluar backglass iPhone dengan kemas dan cuci sebarang bekas gam lama. Backglass baru dipasang pada iPhone dengan rapi. Seterusnya, iPhone dimasukkan ke dalam mesin UV untuk percepatkan proses pengeringan gam backglass. Setelah gam kering, skrin iPhone dipasang dan iPhone dipasang sepenuhnya. Akhir sekali, iPhone dipulangkan semula kepada Encik Ilyas berfungsi sepenuhnya. Kami berjaya tukar backglass iPhone dalam tempoh 1 jam sahaja. Technician kami berpengalaman lebih daripada 5 tahun dalam bidang repair iPhone. Hubungi kami melalui Whatsapp atau social media untuk sebarang masalah dengan iPhone anda

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]

 

Pin It on Pinterest