
Cik Erina telah datang ke kedai kami membawa iPhone 13 Pro Max. Masalahnya adalah skrin iPhone menjadi putih dan bergaris hitam sepenuhnya. Ini membuatkan beliau risau dan memilih untuk tukar skrin iPhone. Kami cadangkan kepadanya untuk repair skrin iPhone ini, lebih murah dan masih gunakan skrin iPhone yang sama. Proses repair skrin ini menggunakan teknik jumper di mana technician akan pateri pada skrin asala ini. Cik Erina diminta untuk tunggu sementara technician kami repair skrin iPhone 13 Pro Max ini. Pertama sekali, technician buka iPhone ini dan tanggalkan konektor bateri. Ini adalah langkah keselamatan untuk pastikan tiada elektrik mengalir semasa proses repair.

Kedua, skrin original ditanggalkan dan bahagian dalaman iPhone dibersihkan. Skrin ini akan dipateri pada bahagian belakang. Kemudian, technician gunakan microscope dan peralatan lain untuk jalankan proses jumper pada skrin original ini. Setelah selesai repair skrin, kami pasangkan semula untuk pastikan skrin berfungsi sepenuhnya. Tiada masalah yang ditemui dan iPhone dipasang sepenuhnya semula. Akhir sekali, kami serahkan iPhone 13 Pro Max ini kepada Cik Erina semula. Kami berjaya repair skrin iPhone 13 Pro Max dalam tempoh 30 minit sahaja. iPro Ampang mempunyai technician yang berpengalaman selama 5 tahun dan diiktiraf. Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan masalah iPhone anda.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]
EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]
