Harini kami akan kongsikan proses repair mic iPhone di iPro Ampang. Kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak. Oh ya, kami boleh tukar bateri Apple Watch anda dalam 30 minit dan ada waranti 6 bulan tau. Nak repair android boleh, nak repair iPhone pun boleh, kami boleh repair kebanyakan model yang latest. Kalau iPhone anda ada sebarang masalah, boleh hubungi kami melalui Whatsapp 0196000508. Repair Face ID iPhone boleh mengambil 2-3 jam dan kami akan menghubungi anda semula setelah siap dibaiki. Manakala, repair motherboard iPhone akan mengambil masa 1-5 hari terpulang kepada keadaan kerosakan.
Mikrofon iPhone ni memang hebat daripada dulu, dari zaman iPhone 4 pun dah padu. iPhone menggunakan beberapa mikrofon untuk detect audio. Kamera guna mikrofon sendiri, rakam audio note pun gunakan mikrofon lain. Jadi kalau ada masalah dengan mic ni, kena check yang mana satu yang rosak. Daripada pengalaman kami, kebanyakan masalah mikrofon adalah untuk rakam audio note dan call orang. Mikrofon ni ada pada plugin ataupun charging port iPhone anda. Tapi, ada juga kes yang sampai melibatkan motherboard, tapi kos agak tinggi la kalau motherboard rosak.
iPhone 11 yang kami terima harini ada masalah untuk rakam voice note. Kami syak masalah ni berpunca daripada plugin (charging port) dan kami meminta Encik Danial untuk duduk. Repair Mic iPhone ni agak selalu juga kami terima. Pertama, kami buka iPhone ini dan cabut connector bateri. Kedua, kami memasang plugin baru dan masalah ini selesai. Jadi, kami tukar plugin ni sepenuhnya dan pasang iPhone ini semula. Beliau berterima kasih kepada kami semua kerana membaiki iPhonenya itu.
PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]