
Cik Maisarah datang ke kedai kami membawa iPhone 13 miilknya. Masalahnya adalah Face ID iPhone tak boleh digunakan. Beliau minta kami untuk tukar atau repair Face ID iPhone ini. Masalah ini mungkin berpunca daripada konektor kamera yang longgar. Kami meminta cik Maisarah untuk tunggu sementara technician periksa iPhone ini. Kamera Face ID atau kamera depan iPhone adalah komponen yang sensitif dan perlu diperiksa dengan rapi. Pertama sekali, iPhone dibuka dan konektor bateri dicabut. Ini untuk mengelakkan arus elektrik mengalir dalam motherboard ketika proses repair. Kedua, skrin ditanggalkan daripada iPhone supaya technician boleh akses kamera depan iPhone.

Kamera depan iPhone dikeluarkan dengan rapi. Technician cuci kamera dengan larutan kimia dan kabel konektor dibersihkan. Kami menggunakan larutan kimia yang tidak akan merosakkan komponen dalaman iPhone. Kemudian, kamera dipasang semula untuk pastikan ia berfungsi selepas servis. Face ID iPhone berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah selepas diservis. iPhone dipasang semula sepenuhnya dengan rapi. Kami buat diagnostic test terakhir sebelum pulangkan semula kepada Cik Maisarah. Technician kami berjaya repair Face ID iPhone 13 ini dalam tempoh 30 minit sahaja. iPro Ampang telah beroperasi lebih 5 tahun dan mempunyai technician yang berpengalaman tinggi dalam bidang repair iPhone. Hubungi kami di social media atau Whatsapp untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan masalah iPhone anda.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]
EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]
