Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Harini saya akan berkongsi cerita kenapa bateri iPhone kembung dan battery health iPhone turun laju. Kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak. Oh ya, kami boleh tukar bateri iPhone anda dalam 30 minit dan ada waranti 12 bulan tau. Bateri original Apple ade, servis battery health iPhone ada, bateri extra kapasiti (YooBao) pun ada. Battery health yang rendah daripada 80% perlu ditukar secepat mungkin.

Kenapa Bateri iPhone Kembung?

iPhone ini menggunakan bateri lithium-ion, tindak balas kimia daripada bateri ini sepanjang penggunaannya akan merosakkannya. Tiada bateri dicipta untuk digunakan selamanya, syarikat pengeluar bateri akan rugi dan masih tiada solusi untuk bateri yang menggunakan komponen chemical lagi. Bateri yang makin lama akan makin tua, dan perlahan-lahan hilang kebolehan untuk memegang  cas. Proses chemical yang berlaku di dalam bateri ini adalah punca utama untuk bateri kembung. Penggunaan charger dan kabel yang authorised boleh melambatkan proses chemical ini. Jangan guna kabel daripada kedai RM2 DLL atau tidak diiktiraf, gunakan kabel yang diiktiraf seperti Mcdodo.

Beberapa tips and tricks untuk elakkan bateri iPhone kembung:

  1. Elakkan daripada letak iPhone di tempat panas. Panas yang berlebihan akan merosakkan bateri iPhone. Jadi, jangan tinggal iPhone anda dalam kereta semasa cuaca panas.
  2. Gunakan charger dan cable original sahaja yang disahkan oleh Apple. Jangan gunakan sebarang charger atau cable daripada third party company melainkan ianya disahkan oleh Apple.
  3. Jangan over charge iPhone anda. Elakkan caj iPhone sepanjang malam kerana ini akan membawa masalah di masa akan datang.
  4. Tukar bateri jika notis bateri keluar. Jika ada sebarang isu dengan bateri anda seperti, bateri habis cepat, battery health turun cepat, iPhone mati tiba-tiba, anda perlu segera tukar bateri iPhone anda. Anda juga boleh hubungi kami melalui Whatsapp atau walk in terus ke kedai kami.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

Pin It on Pinterest