Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 hriproampang@gmail.com

Artikel harini berkenaan proses untuk tukar backglass iPhone 11 Pro. Kedai kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Selamat sejahtera kepada semua pembaca artikel kami. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak.  Selain itu, tempoh masa untuk tukar bateri iPhone adalah 30 minit dan kami memberi waranti selama 6 bulan. Tambahan lagi, kami bukan sahaja membaiki iPhone atau pun peranti Apple, tetapi kami juga mampu membaiki peranti Android. Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp di talian 0196000508 atau media sosial kami.

Backglass adalah kaca yang terdapat di bahagian belakang iPhone anda. Backglass bermula daripada iPhone 8 dan ke atas. Tambahan pula, backglass ini sangat mudah untuk retak dan sangat disarankan untuk menggunakan casing yang tebal. Terdapat pelbagai jenama casing yang tahan lasak contohnya seperti XOne. Kami juga ada menjual casing, screen protector dan camera lens protector berjenama XOne. Proses untuk tukar backglass iPhone mengambil masa dalam 2 jam dan memerlukan peranti yang spesifik. Ada dua pilihan untuk tukar backglass iPhone yang retak; tukar backglass atau tukar housing.

Cik Amirah telah datang ke kedai kami membawa iPhone 11 Pro milikknya yang bermasalalah. Masalah yang dihadapai beliau adalah backglass dan lens camera yang retak. Kami mencadangkan untuk tukar housing atau body baru, tetapi beliau menolak. Beliau hendak menggunakan housing original daripada Apple, jadi kami bersetuju untuk tukar backglass iPhone dan lens camera ini. Ini adalah dua benda yang berbeza tetapi boleh dibuat sekali gus. Pertama sekali, kami membuka iPhone beliau dan mengeluarkan semua komponen di bahagian dalam. Kedua, kami menggunakan mesin untuk membuang backglass yang retak itu. Kemudian, kami membuang lens camera yang retak dan menggantikan dengan yang baru. Setelah membersihkan bahagian iPhone ini dengan teliti, kami tukar backglass iPhone ini. Justeru, kami memasang komponen peranti ini semula dan memastikan semua berfungsi dengan baik. Akhir sekali, kami memulangkan semula iPhone ini kepada beliau.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

Pin It on Pinterest