Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Artikel harini berkenaan proses untuk tukar skrin iPhone X. Kedai kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Selamat sejahtera kepada semua pembaca artikel kami. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak.  Selain itu, tempoh masa untuk tukar skrin iPhone adalah 30 minit dan kami memberi waranti selama 6 bulan. Tambahan lagi, kami bukan sahaja membaiki iPhone atau pun peranti Apple, tetapi kami juga mampu membaiki peranti Android. Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp di talian 0196000508 atau media sosial kami.

Antara punca-punca untuk terjadinya garisan putih pada skrin anda adalah seperti berikut:
-iPhone jatuh dengan kuat pada permukaan yang keras atau daripada altitude yang tinggi.
-iPhone masuk ke dalam air kolam atau laut. Durasi iPhone ini berada dalam air juga adalah kritikal.

Encik Zainal telah datang ke kedai kami membawa iPhone X miliknya. Beliau nak tukar skrin iPhone ini sebab terdapat garisan putih pada skrin. Kami memberikan beberapa pilihan jenis skrin dan beliau memilih OLED GX. Untuk makluman pembaca, ini adalah skrin bergred dan bukan original. Tetapi jangan risau, kerana kualiti display ada perbezaan sedikit sahaja dan sensivity touch tiada perbezaan. Sebelum memulakan proses tukar skrin iPhone ini, kami meminta untuk beliau duduk di ruangan menunggu. Pertama sekali, kami membuka peranti ini dan mencabut connector bateri. Kedua, kami mengeluarkan skrin dan memasang skrin baru. Sebelum memasang skrin baru ini, kami perlu menggerakkan segala komponen pada skrin lama kepada skrin baru. Akhir sekali, kami memasang skrin baru pada iPhone ini dan selesailah proses tukar skrin iPhone ini.

 

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

Pin It on Pinterest