Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Cik Syakirin telah datang ke kedai kami membawa iPhone 11 miliknya. Dia hendak repair iPhone mati secara tiba tiba. Sebelum itu kami start sebarang repair, kami kena check dulu punca masalah. Jadi technician kami membedah iPhone ini. Pertama sekali, ini adalah masalah motherboard. Bacaan caj elektrik yang masuk adalah tidak stabil dan rendah. Jadi kami cari punca masalah pada motherboard iPhone mati ini. Jangan risau, kami akan repair motherboard iPhone ini dan tidak tukar baru. Capasitor IC telah rosak dan perlu diganti dengan yang baru. IC ini memain peranan untuk mengawal dan mengehadkan jumlah cas elektrik. Justeru, technician kami menggantikan capasitor IC pada motherboard iPhone ini. Malangnya, iPhone masih tidak hidup.

Setelah siasatan lanjut, kami mendapati skrin juga bermasalah. Tetapi, masalahnya adalah backlight IC. Backlight IC bertujuan untuk mengawal paparan skrin iPhone. Anda tidak perlu untuk tukar skrin iPhone jika masalah ini terjadi. Technician kami menggantikan backlight IC, iPhone boleh dihidupkan semula. Kami test secara menyeluruh sebelum serahkan semula kepada dia. Tiada masalah lain ditemukan dan iPhone berfungsi dengan normal. Proses repair ini mengambil masa dalam 2 jam sahaja. Repair iPhone mati mengejut atau repair motherboard iPhone boleh dibuat di iPro Ampang.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]

Pin It on Pinterest