Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Harini kami akan kongsikan proses repair iPhone auto restart di iPro Ampang. Kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak. Oh ya, kami boleh tukar bateri Apple Watch anda dalam 30 minit dan ada waranti 6 bulan tau. Nak repair android boleh, nak repair iPhone pun boleh, kami boleh repair kebanyakan model yang latest. Kalau iPhone anda ada sebarang masalah, boleh hubungi kami melalui Whatsapp 0196000508. Repair Face ID iPhone boleh mengambil 2-3 jam dan kami akan menghubungi anda semula setelah siap dibaiki. Manakala, repair motherboard iPhone akan mengambil masa 1-5 hari terpulang kepada keadaan kerosakan.

iPhone auto restart

iPhone anda mungkin auto restart semasa caj sebab ada isu/masalah dengan hardware termasuk charging cable dan charging port. Hardware yang rosak boleh menyebabkan short circuit atau sebarang masalah lain, ini adalah sebab kenapa iPhone anda auto restart. Jika anda ingin cuba repair iPhone auto restart sendiri, anda boleh cuba melakukan factory reset. Factory reset akan ubah semula semua setting kepada asal seperti baru beli. Tetapi proses ini akan menyebabkan data akan hilang, tolong backup semua data sebelum melaku factory reset. Cadangan kami adalah, anda boleh terus datang ke kedai kami untuk repair iPhone auto restart.

Repair iPhone Auto Restart

Kami terima iPhone Xs Max pada harini yang mempunyai masalah auto restart. Auto restart ini boleh berpunca daripada motherboard, hardware atau software bermasalah. Kami perlu mendiagnosis iPhone ini dahulu untuk tahu punca masalahnya. Cik Athirah telah datang ke kedai kami membawa iPhone Xs Max miliknya yang bermasalah. Soalan pertama yang beliau tanya adalah kenapa iPhone saya auto restart? Kami menjelaskan kepada beliau seperti kami jelaskan di dalam artikel ini.

Pertama sekali, kami buka iPhone ini dan cabut kabel bateri. Kedua, kesemua hardware seperti bateri, charging port, speaker, skrin DLL didiagnos untuk masalah. Hasil diagnosis kami mendapati bahawa charging port shorting dan perlu ditukar. Kami berjaya tukar charging port ini dalam tempoh 15 minit. Akhir sekali, kami memulangkan semula iPhone ini kepada beliau. Rumusnya, kami berjaya repair iPhone auto restart dalam 15 minit dan beliau berpuas hati dengan servis kami.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

Pin It on Pinterest