Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Masalah bateri kurang merupakan masalah biasa terhadap pengguna telefon pintar. Perkara ini akan berlaku terutamanya pada waktu pengguna telefon tidak sedar bahawa mereka tidak mengecas telefon mereka sebelum keluar atau sebelum melakukan kerja mereka dalam kehidupan seharian. Terdapat cara untuk mempercepatkan proses mengecas telefon pintar. Berikut adalah caranya

1. Tutup Telefon Ketika Mengecas

Cara ini merupakan cara yang paling biasa bagi pengguna telefon pintar. Tutup telefon anda ketika mengecas dapat menjimatkan penggunaan tenaga terhadap telefon anda malah mengurangkan risiko daripada bateri menjadi rosak.

2. Hidupkan Mod Airplane Di Tetapan Telefon

Telefon pintar mempunyai rangkaian yang menghubungkan dunia internet. Sekiranya pengguna berada di kawasan isyarat rendah. Rangkain telefon akan menggunakan banyak kuasa bagi mencari rangkaian yang kuat diantara telefon dan internet. Apabila pengguna menghidupkan mod airplane, rangkaian akan ditutup dan penggunaan kuasa akan menjadi rendah. Proses mengecas akan menjadi lebih efisien

3. Gunakan Power Adapter Berbanding Komputer

Bagi pengguna telefon pintar, mengecas menggunakan power adapter lebih efisien berbanding mengecas menggunakan komputer. Hal ini kerana Power Adapter mengeluarkan Arus yang lebih banyak. Oleh itu, lebih baik menggunakan Power Adapter yang terdapat sekali dengan telefon kerana Power Adapter tersebut memberi arus yang kuat serta melindungi daripada membekalkan arus yang berlebihan.

4.Jangan Menggunakan Telefon Ketika Mengecas

Ketika anda mengecas telefon anda, disarankan untuk tidak menggunakannya. Ini kerana telefon anda bakal menggunakan banyak tenaga daripada bateri untuk proses data dan ia boleh memperlahankan proses mengecas dan boleh memberi kesan yang buruk kepada bateri.

5. Gunakan Wayar Berkualiti Tinggi

Menggunakan wayar yang berkualiti tinggi dapat menampung arus sebanyak 2A. Pengguna telefon pintar boleh menggunakan cara ini kerana ia bukan sahaja mempercepatkan proses mengecas. Ia juga dapat mengekalkan aliran arus yang sama apabila digunakan.

Dengan cara – cara yang diberikan ini, ia boleh membantu anda mengecas telefon anda dengan lebih cepat serta selamat. Ciri Fast Charging merupakan satu ciri yang bagus buat telefon pintar kerana ia dapat mempercepatkan proses mengecas tanpa perlu risau akan keselamatan telefon pintar.Kami berharap tips ini berguna buat anda.

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

 

 

Pin It on Pinterest