Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Cik Aina telah datang ke kedai membawa iPad Air 2 miliknya. Masalahnya adalah bateri iPad cepat habis, bateri tak tahan lebih 2 jam. Beliau juga risau tengok skrin iPad terkopak sedikit mungkin disebabkan bateri kembung. Jadi, cik Aina minta kami untuk tukar bateri iPad ini dan check jika ada masalah lain. Beliau juga beritahu kami bahawa iPad ini digunakan oleh anak kecilnya. Tanpa membuang masa, kami meminta cik Aina untuk duduk sementara technician kami tukarkan bateri iPad. Pertama, technician membuka skrin dengan berhati-hati menggunakan heater dan alat lain. Skrin iPad ini terkopak keluar sedikit, jadi technician perlu lebih berhati-hati ketika membuka skrin iPad ini. Kesilapan kecil boleh menyebabkan skrin iPad ini rosak ketika membuka iPad ini.

Selesai tukar bateri iPad

Kedua, technician cabut konektor bateri untuk pastikan tiada lintar pintas berlaku. Bateri di keluarkan dengan cermat dan sisa gam dibersihkan. Kemudian, bateri iPad yang baru dipasang besertakan gam. Technician memasang skrin buat sementara waktu untuk test bateri baru ini. Bateri baru berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Akhir sekali, iPad dipasang sepenuhnya dan skrin iPad sudah tidak terkopak lagi. Tukar bateri iPad pada masa yang betul boleh memanjangkan jangka hayat iPad itu. Hubungi kami untuk sebarang repair berkenaan iPad atau iPhone anda.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]

Pin It on Pinterest