Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya ingin memperkenalkan kepada anda salah seorang pelanggan kami yang bernama Fauzi Samsul. Beliau menghadapi masalah dimana telefon Oppo F1s beliau mengalami masalah paparan pada LCD yang mempamerkan beberapa buah garisan yang menghalang pandangan semasa beliau menggunakan telefon itu.

 

PELANGGAN KAMI, ENCIK FAUZI SAMSUL

 

Encik Fauzi Samsul yang mengalami masalah telefon Oppo F1s beliau dimana skrin beliau mempamerkan beberapa buah garisan yang mengganggu prestasi telefon itu dan membuat penukaran LCD di IPRO Ampang.

 

ANTARA MASALAH-MASALAH LCD PADA SESEBUAH TELEFON

 

Masalah ini berlaku apabila beliau dengan tidak sengaja menjatuhkan telefon itu semasa penggunaan. Penimbulan garisan ini tidak berlaku dengan serta-merta tetapi ianya mengambil masa lebih kurang beberapa minggu untuk mula mengganggu paparan pada skrin. Ianya bergantung kepada daya ketahanan LCD itu untuk mengambil masa untuk rosak dengan teruk.

 

Terdapat beberapa jenis masalah LCD yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Masalah LCD yang sering berlaku kepada hampir seluruh pengguna telefon adalah timbulnya garisan pada skrin, skrin tidak mengeluarkan apa-apa paparan (skrin hanya gelap sahaja) dan skrin tidak menunjukkan tindak balas yang baik terhadap sentuhan.

 

Masalah LCD ini berlaku kebanyakannya adalah berpunca daripada jatuh. Berbalik kepada masalah yang dihadapi oleh pelanggan kami ini iaitu terdapat garisan pada skrin, ia sebenarnya merupakan salah satu simpton awal sebelum LCD tersebut untuk rosak. Ianya kerana masalah LCD tidak berlaku secara serta-merta dan berperingkat. Ini bermaksud sekiranya Encik Fauzi Samsul tidak melakukan apa apa tindakan terhadap perkara ini, masalah ini mungkin akan menjadi lebih teruk seperti skrin tidak mengeluarkan apa-apa paparan.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Salah seorang juruteknik IPRO Ampang yang bernama Mahzuz memulakan diagnosis pada telefon tersebut dengan menyemak bacaan arus pengecasan yang mengalir ke dalam telefon itu untuk memastikan bacaannya adalah normal. Ini kerana bacaan yang tidak normal boleh disebabkan daripada sesebuah peranti telefon yang rosak ataupun ianya mempunyai masalah motherboard.

 

Setelah mendapati bahawa bacaan arus adalah normal, juruteknik kami mula untuk meleraikan telefon itu, dengan membuka kerangka telefon itu terlebih dahulu. Seterusnya, juruteknik kami membuka skru dan plat peranti telefon yang disambungkan pada motherboard untuk ke bahagian LCD. Juruteknik kami kemudiannya mengambil LCD yang baharu untuk disambungkan dan diuji pada telefon Encik Fauzi.

 

Perkara ini dilakukan untuk memastikan masalah ini berpunca daripada LCD yang lama itu, dan bukanlah masalah motherboard. Pengujian yang dilakukan mengambil masa lebih kurang 10-15 minit untuk memastikan tiada garisan yang terpapar pada skrin semasa penggunaan seperti sebelumnya.

 

Setelah pengujian dilakukan dan masalah garisan itu telah pun diselesaikan, juruteknik kami memaklumkan perkara ini kepada Encik Fauzi bahawa ianya merupakan sebuah masalah LCD yang memerlukan penukaran untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas perbincangan dilakukan antara Encik Fauzi dan juruteknik kami, beliau bersetuju untuk membuat penukaran LCD yang mengambil masa 1 jam.

 

Proses penukaran LCD adalah lebih lama berbanding iPhone kerana LCD itu perlu digam di sekeliling bingkai LCD untuk mengutuhkan pencantuman LCD pada kerangka badan telefon itu serta proses pengeringan gam juga mengambil sedikit masa. Selepas selesainya penukaran LCD, juruteknik kami membuat pengujian sekali lagi terhadap sensitiviti sentuhan skrin, paparan skrin serta fungsi ciri fingerprint pada butang Home untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik seperti sedia kala. Beliau juga diberikan jaminan selama satu bulan jika berlaku apa-apa masalah yang berkaitan dengan LCD yang baharu itu.

 

Terima kasi Encik Fauzi Samsul kerana memilih IPRO Ampang sebagai pusat servis pembaikan telefon pintar anda!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

Pin It on Pinterest