Encik Saiful telah datang ke kedai kami membawa iPhone 13 Pro miliknya. Masalah yang dihadapinya adalah camera lens iPhone retak. Ini akan menjejaskan kualiti gambar dan video yang diambil olehnya. Justeru, beliau meminta kami untuk tukar camera lens iPhone ini. Kami akan tukarkan lens kamera iPhone ini dengan lens yang baharu. Habuk dan debu boleh memasuki ke dalam iPhone dengan lens yang retak sebegini. Habuk akan mula terkumpul di bahagian dalam dan perlu dibersihkan. Pertama sekali, technician membuka iPhone ini dengan teliti dan cabut konektor bateri. Ini bertujuan untuk pastikan tiada elektrik yang mengalir ketika proses repair.

Kedua, skrin dan bateri ditanggalkan untuk memudahkan technician akses modul kamera. Kemudian, kamera dikeluarkan daripada iPhone dengan rapi. Technician panaskan kawasan lens kamera dengan berhati-hati untuk keluarkan lens yang retak. Sebarang sisa gam atau serpihan kaca dibersihkan sepenuhnya sebelum pemasangan lens kamera iPhone yang baru. Seterusnya, lens kamera yang baru dipasang dan dikeringkan dengan mesin UV. Akhir sekali, semua komponen iPhone dipasang semula dan tiada masalah dengan kamera lens iPhone yang baru. Kami memulangkan semula iPhone ini kepada Encik Saiful. Kami juga mencadangkan kepadanya untuk menggunakan camera lens protector untuk menjaga lens.
PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]
EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]
