Ahad hingga Sabtu (10am – 9pm), Jumaat (3pm – 9pm) +60 14 500 0085 [email protected]

Salam sejahtera kepada semua! Berikut adalah salah seorang pelanggan kami yang memilih untuk menggunakan bateri Yoobao iPhone 6 Plus.

 

PELANGGAN KAMI, ENCIK MOHAMMAD AFIQ ; IPHONE 6 PLUS ; MASALAH BATERI IPHONE BELIAU HABIS DENGAN TERLALU CEPAT!

 

Tukar Bateri Yoobao iPhone 6 Plus di KL 1

Beliau membuat penukaran bateri Yoobao yang meningkatkan prestasi bateri beliau yang mempunyai kapasiti sebanyak 3300 mAh untuk iPhone 6 Plus!

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Encik Mohammad Afiq datang dengan masalah bateri iPhone 6 Plus beliau habis dengan sangat pantas! Beliau disambut mesra oleh salah seorang juruteknik kami bernama Arif. Beliau duduk berhadapan dengan Arif lalu memberikan telefon beliau sambil memberitahu masalah yang dihadapi oleh beliau.

 

Masalah bateri yang habis dengan cepat ini sangatlah menganggu aktiviti sehariannya dimana beliau sering tidak dapat menggunakan telefon pada sesuatu masa itu. Encik Mohammad Afiq juga memberitahu juruteknik kami bahawa beliau telah membuat semakan pada status bateri yang menunjukkan bacaan 42%.

 

Selepas berkongsi maklumat dan pendapat daripada kedua-dua pihak berkenaan bateri Original dan bateri Yoobao, Encik Mohammad Afiq membuat keputusan untuk menukar ke bateri Yoobao. Beliau berminat dengan kapasiti bateri yang ditambah ke 3300 mAh daripada 2910 mAh. Penukaran bateri mengambil masa 15-20 minit sahaja.

 

Juruteknik kami berkongsikan sedikit tips penjagaan bateri kepada Encik Mohammad Afiq yang perlu diberi perhatian untuk mengekalkan prestasi bateri yang baik. Antara tips yang dikongsikan adalah beliau tidak digalakkan untuk membuat pengecasan yang berlebihan, mengecas dalam kereta dan tidak membiarkan telefon beliau mati sepenuhkan sebelum pengecasan dilakukan.

 

Selepas tips penjagaan bateri dikongsikan, Arif menyemak maklumat tentang bateri status bateri di komputer yang menunjukkan kapasiti bateri berada pada bacaan 100%, berapa kali pengecasan yang pernah dilakukan dan kapasiti bateri yang baru iaitu 3300 mAh. Selepas penukaran bateri Yoobao dilakukan, Arif memaklumkan Encik Mohammad Afiq untuk menggunakan telefon itu terlebih dahulu, apabila bacaan indikator bateri dibawah 20%, barulah dinasihatkan untuk membuat pengecasan.

 

Arif juga memberitahu bahawa untuk pengecasan yang pertama, Encik Mohammad Afiq digalakkan melebihkan masa selama 10 minit selepas selesai membuat pengecasan penuh 100%. Encik Mohammad Afiq mengucapkan terima kasih kepada juruteknik sebelum membuat pembayaran.

 

Terima kasih kerana menyokon dan memilih IPRO Ampang sebagai pusat pembaikan telefon anda, Encik Mohammad Afiq!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur