Cik Liyana telah datang ke kedai kami membawa iPad Air 5 miliknya. Masalahnya adalah bateri iPad kembung dan menolak skrin ke luar. Maka, beliau meminta kami untuk tukar bateri iPad kembung ini dengan segera. Pertama, technician membuka iPad ini menggunakan mesin heater untuk pastikan tiada komponen rosak ketika membuka. Kedua, bateri iPad kembung ini dicabut dan dilupuskan secara selamat. Kemudian, technician membersihkan bahagian dalam iPad ini daripada habuk dan kotoran. Kami akan pastikan bahagian dalam iPad dibersihkan sebelum memulakan sebarang proses repair iPad. Seterusnya, bateri baru dipasang dengan kemas ke dalam iPad ini. Akhir sekali, iPad diuji untuk memastikan ia boleh caj secara normal. Technician kami berjaya tukar bateri iPad ini dalam tempoh 1 jam sahaja.

Tambahan lagi, Cik Liyana berpuas hati kerana dapat selamatkan data dan iPad ini selamat. Beliau memilih untuk tukar bateri iPad ini kerana ia masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Hasilnya, beliau dapat menjimatkan wang daripada membeli iPad yang baru. Proses repair iPad ini juga memastikan skrin yang original dijaga rapi. Tolong perhatikan iPad anda jika ia memberikan ciri-ciri bateri kembung. Cik Liyana sekarang boleh menggunakan iPad ini dengan lebih lama dan battery life yang maksimum. Jika peranti anda menunjukkan ciri-ciri bateri kembung, hubungi kami untuk maklumat lanjut. Tukar bateri pada masa yang betul boleh memanjangkang jangka hayat peranti tersebut.
PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]
EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]
