Ahad hingga Sabtu (10am – 9pm), Jumaat (3pm – 9pm) +60 14 500 0085 [email protected]

Salam sejahtera kepada pembaca saya. Topik hari ini akan membincangkan tentang masalah Vibrator iPhone 6 yang tidak berfungsi dan mendapatkan servis pembaikan di IPRO Ampang.

 

FUNGSI VIBRATOR

 

Tahukah anda tentang fungsi Vibrator ini? Untuk pengetahuan anda, Vibrator ini memainkan peranan untuk menghasilkan getaran bagi pengguna telefon. Ini termasuklah sekiranya anda membuat tetapan telefon anda ke “Silent mode”. Pengguna akan merasakan getaran sekiranya terdapat panggilan atau mesej yang masuk. Walaupun penggunaan Vibrator ini kelihatan remeh sahaja namun ianya merupakan satu ciri yang amat penting pada sesebuah telefon itu. Sebagai contoh, sekiranya anda bekerja dan sedang berada dalam mesyuarat, anda dikehendaki untuk membuat tetapan ke “Silent mode” ketika mesyuarat sedang dijalankan. Ini bagi mengelakkan sebarang gangguan pada masa itu. Namun begitu, jika Vibrator tidak berfungsi, anda tidak akan perasan sekiranya terdapat mesej ataupun panggilan kecemasan semasa telefon berada di dalam kocek seluar pengguna telefon.

 

PELANGGAN KAMI, ENCIK RIZUAN

 

Repair Vibrator iPhone 6 Sepantas 15 Minit! 1

Mr. Rizuan menerima servis pembaikan Vibrator bagi iPhone 6 beliau di IPRO Ampang.

 

Encik Rizuan datang ke IPRO Ampang pada suatu hari dimana beliau mempunyai masalah berkaitan dengan Vibrator iPhone 6 beliau. Beliau berurusan dengan salah seorang juruteknik IPRO Ampang yang bernama Mahzuz. Encik Rizuan duduk berhadapan dengan juruteknik kami dan menyerahkan telefonnya sebelum beliau berkongsikan masalah yang terdapat pada iPhone 6 beliau itu.

 

Encik Rizuan memaklumkan bahawa masalah Vibrator ini sudah berlaku untuk seketika waktu. Beliau juga tidak perasan tentang masalah ini kerana beliau berpendapat bahawa ini bukanlah sesuatu masalah yang besar. Tetapi selang beberapa hari ini masalah Vibrator ini mengganggu beliau kerana beliau tidak sedar sekiranya beliau membuat tetapan ke “silent mode” dan menerima panggilan atau mesej pada waktu itu.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Encik Rizuan berfikiran bahawa ini boleh diubah pada Settings sahaja, namun beliau tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana tidak ada masalah pada tetapan Settings iPhone 6 beliau itu. Selepas mendengar penjelasan daripada Encik Rizuan, juruteknik kami memulakan pembaikan dengan menyemak bacaan arus pengecasan terlebih dahulu untuk memastikan ianya berada pada tahap yang normal.

 

Selepas menyemak arus pengecasan, juruteknik kami mematikan telefon itu sebelum mula untuk memisahkan LCD daripada kerangka badan iPhone 6 Encik Rizuan. Selepas berjaya memisahkan kedua-dua bahagian itu, juruteknik kami mengambil Vibrator yang baharu untuk diuji pada iPhone itu. Sejurus selepas penyambungan Vibrator itu, juruteknik kami menghidupkan telefon Encik Rizuan untuk menguji fungsi getaran yang dihasilkan daripada Vibrator itu sebelum pemasangan semula dilakukan.

 

Proses penukaran Vibrator mengambil masa sepantas 15 minit sahaja di IPRO Ampang. Selepas pemasangan semula dilakukan, juruteknik kami membuat pengujian kali kedua untuk memastikan Vibrator itu berfungsi dengan baik sebelum mengembalikan kepada Encik Rizuan. Encik Rizuan juga diberi jaminan selama tiga bulan sekiranya mempunyai masalah berkaitan dengan Vibrator tersebut. Encik Rizuan mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami sebelum beliau membuat pembayaran.

 

Terima kasih kerana memilih kami sebagai pusat servis pembaikan telefon pintar anda, Encik Rizuan!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur