Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada hari ini, saya ingin menceritakan kepada anda tentang salah satu pelanggan kami yang membuat servis pembaikan di IPRO Ampang, iaitu Power IC pada motherboard iPhone 6 Plus beliau.

 

ENCIK MARZUKI ; IPHONE 6 PLUS ; MASALAH IPHONE 6 PLUS BELIAU TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN

 

 

SERVIS DI IPRO AMPANG

 

Encik Marzuki datang ke IPRO Ampang dengan masalah iPhone 6 Plus beliau tidak dapat dihidupkan. Setelah memberikan telefon beliau kepada salah seorang technician kami bernama Arif, Arif membuat diagnosis untuk mengenalpasti punca telefon Encik Marzuki tidak dapat dihidupkan.

 

Perkara pertama yang dilakukan adalah dengan menyemak bacaan arus pengecasan yang masuk ke telefon tersebut dan mendapati bahawa bacaannya sangat rendah iaitu 0.02A. Simbol yang melambangkan pengecasan dibuat juga tidak terpapar di skrin telefon beliau.

 

Seterusnya, apa yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah membuat pengujian menggunakan bateri yang baru. Selepas membuka telefon Encik Marzuki dan bateri baharu digunakan, percubaan untuk menghidupkan telefon itu masih juga gagal.

 

Langkah yang seterusnya adalah juruteknik kami membuat percubaan menggunakan cara arus terus untuk menghidupkan telefon itu. Selepas penyambungan dibuat, juruteknik kami mendapati bahawa bacaannya juga sangatlah rendah. Setelah memaklumkan kepada Encik Marzuki tentang perkara ini, Arif mengesyaki bahawa ini merupakan masalah motherboard dan cip yang mempunyai kaitan dengan masalah ini adalah Power IC, iaitu masalah dimana telefon anda gagal untuk dihidupkan.

 

Proses untuk membaiki motherboard mengambil tempoh 3-5 hari, dimana pihak juruteknik kami perlu membuat diagnosis dan mengesahkan masalah cip pada motherboard itu terlebih dahulu sebelum pembaikan cip itu diteruskan. 4 hari berlalu dan Encik Marzuki datang ke IPRO Ampang untuk mengambil telefon beliau yang sudah dibaiki. Beliau diberi waranti selama satu bulan. Setelah Encik Marzuki membuat pembayaran, beliau mengucapkan terima kasih kepada para juruteknik kami sebelum menuju ke pintu keluar.

 

Terima kasih kerana terus menyokong kami dan menerima servis kami di IPRO Ampang, Encik Marzuki!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

Pin It on Pinterest