Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Salam sejahtera kepada pembaca saya! Pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang masalah telefon iPhone 6 yang dihadapi oleh salah seorang pelanggan kami yang berkaitan dengan penyambungan WIFI dan GPS.

 

Tahukah anda bahawa terdapat kesinambungan antara penyambungan WIFI dan GPS? Saya ingin menerangkan sedikit disini tentang WIFI dan juga GPS. Terdapat dua peranti yang mempunyai kaitan dengan WIFI dan GPS, iaitu antenna WIFI untuk penyambungan WIFI manakala antenna GPS untuk penyambungan GPS. Kedua-dua peranti ini mempunyai kebergantungan antara satu sama lain.

 

Ini bermaksud sekiranya antena GPS anda rosak, ianya mampu menggagalkan pencapaian GPS dan juga memberikan sedikit gangguan kepada WIFI. Begitu juga sekiranya antena WIFI anda rosak, ianya bukan sahaja menggagalkan pencapaian WIFI malah ianya melemahkan GPS sama sekali. Perenggan yang berikut akan menceritakan masalah yang dihadapi oleh pelanggan kami yang bernama Aiman Hakim.

 

PELANGGAN KAMI, ENCIK AIMAN HAKIM

 

Encik Aiman Hakim mempunyai masalah berkaitan dengan GPS pada iPhone 6 dan membuat penukaran antena WIFI di IPRO Ampang.

 

Encik Aiman Hakim datang ke IPRO Ampang dengan masalah berkaitan dengan GPS dimana beliau tidak dapat menggunakan aplikasi Waze. Beliau berurusan dengan salah seorang juruteknik IPRO Ampang yang bernama Mahzuz. Encik Aiman duduk berhadapan dengan Mahzuz sambil menyerahkan telefon iPhone 6 beliau ke tangannya.

 

Encik Aiman terus berkongsikan masalah telefon beliau dimana beliau susah untuk mendapatkan navigasi daripada telefon itu menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps. Ini menyukarkan keadaan apabila beliau ingin pergi ke sesebuah destinasi dan hanya berharap untuk berpandukan aplikasi Waze.

 

Encik Aiman menerangkan lagi bahawa dalam aplikasi Waze itu, aplikasi itu mempaparkan tulisan “No GPS” dan gagal untuk memberikan selok-belok untuk ke destinasi yang beliau ingin pergi. Encik Aiman juga memberitahu bahawa beliau telah mematikan dan menghidupkan semula telefon beliau itu dan mengharap aplikasi itu dapat menunjukkan navigasi yang betul, tetapi ianya masih juga gagal.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Selepas mendengar penjelasan daripada Encik Aiman, perkara pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah dengan menyemak bacaan arus pengecasan telefon itu. Ini kerana bacaan arus pengecasan yang tidak normal boleh juga disebabkan oleh cip pada motherboard yang bermasalah. Selepas bacaan arus pengecasan menunjukkan pada tahap yang normal, juruteknik kami mula untuk meleraikan telefon itu dengan mematikan telefon itu terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya litar pintas dalam telefon Encik Aiman itu.

 

Juruteknik kami kemudian menggunakan alatan yang betul untuk meleraikan telefon itu dengan memisahkan LCD dari kerangka badan telefon itu terlebih dahulu. Selepas penyambungan bateri diputuskan, barulah juruteknik kami mula untuk meleraikan peranti-peranti yang lain seperti motherboard, antena WIFI, antena GPS serta skru dan plate yang menguatkan penyambungan peranti-peranti tersebut.

 

Selepas itu, juruteknik kami memulakan proses diagnosis dengan menyambungan antena yang baharu untuk membuat pengujian terhadap masalah itu. Selepas memasangkan peranti antena WIFI yang baharu, pengujian terhadap GPS itu dilakukan dengan membuka aplikasi Waze bagi menyemak keupayaan telefon itu memberi signal untuk memberikan navigasi.

 

Selepas pengujian dilakukan, masalah yang dihadapi oleh Encik Aiman telah pun diselesaikan. Juruteknik kami kemudian memaklumkan perkara ini kepada Encik Aiman bahawa penukaran antena WIFI harus dilakukan bagi menyelesaikan masalah GPS ini. Selepas perbincangan antara juruteknik kami dan Encik Aiman, beliau bersetuju untuk membuat penukaran antena WIFI itu. Penukaran antena WIFI itu mengambil masa 20 hingga 30 minit di IPRO Ampang.

 

Selepas penukaran antena WIFI dan penyambungan semula peranti-peranti yang lain dilakukan sepenuhnya, juruteknik kami membuat pengujian sekali lagi untuk memastikan fungsi GPS dan WIFI dapat digunakan dengan baik. Encik Aiman diberi waranti selama 3 bulan dan sekiranya beliau mempunyai masalah berkaitan dengan WIFI atau GPS, beliau bolehlah merujuk perkara ini semula di IPRO Ampang. Selepas menyerahkan telefon itu kembali ke tangan Encik Aiman, beliau mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami sebelum beliau membuat pembayaran di kaunter bayaran.

 

Pihak IPRO Ampang juga ingin berterima kasih kepada Encik Aiman yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menerima servis kami.

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

Pin It on Pinterest