Ahad hingga Sabtu (10am – 9pm), Jumaat (3pm – 9pm) +60 14 500 0085 [email protected]

Selamat sejahtera kepada semua pembaca saya! Pada hari ini saya ingin menceritakan tentang salah satu masalah telefon berkaitan dengan mikrofon semasa membuat panggilan telefon.

 

SALAH SATU CIRI MASALAH MIKROFON IPHONE 6

 

Jadi apakah masalah yang kemungkinan anda akan hadapi semasa membuat panggilan telefon seperti yang saya nyatakan sebentar tadi? Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda menerima atau membuat panggilan kepada seseorang dan mereka tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang anda katakan? Seperti mereka menyatakan bahawa suara anda seperti tenggelam dan sukar untuk didengari. Masalah inilah yang berlaku pada salah seorang pelanggan kami yang menggunakan telefon iPhone 6 sebelum beliau mendapatkan servis pembaikan di IPRO Ampang.

 

PELANGGAN KAMI, ENCIK JAMALUDDIN

 

Repair Masalah Mikrofon iPhone 6 di Ampang 1

Encik Jamaluddin mempunyai masalah berkaitan dengan mikrofon iPhone 6 beliau dan membuat penukaran Plug-in di IPRO Ampang.

 

Beliau yang bernama Jamaluddin datang ke IPRO Ampang dengan masalah ini dan berurusan dengan salah seorang juruteknik kami yang bernama Merza. Selepas menghulurkan telefon iPhone 6 beliau ke tangan Merza, Encik Jamaluddin kemudiannya mula berkongsikan masalah telefon beliau dengan juruteknik kami.

 

Beliau menyatakan bahawa perkara ini berlaku dalam beberapa hari yang lepas dimana semasa beliau membuat panggilan telefon, si penerima tidak dapat mendengar suara Encik Jamaluddin dan menyuruh beliau mengulangi percakapan beliau dan perkara ini berlangsung selama beberapa minit sebelum beliau menukarkan tetapan panggilan itu kepada loudspeaker.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Encik Jamaluddin mendapati bahawa si penerima itu kemudiannya dapat mendengar suara beliau selepas perkara ini dilakukan. Setelah mendengar penjelasan daripada Encik Jamaluddin, juruteknik kami memulakan proses diagnosis dengan menyemak bacaan arus pengecasan yang masuk ke dalam telefon ini.

 

Tujuan proses ini dilakukan adalah untuk memastikan pengecasan adalah normal dan tidak berpunca daripada masalah motherboard, kerana pengecasan yang tidak normal mempunyai kecenderungan kepada masalah motherboard. Selepas itu, juruteknik kami mematikan telefon itu sebelum mula untuk meleraikan telefon Encik Jamaluddin.

 

Selepas berjaya memisahkan LCD daripada kerangka iPhone itu, juruteknik kami mengambil peranti Charging port yang baharu untuk membuat pengujian tentang masalah ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini berpunca daripada mikrofon yang rosak. Terdapat tiga mikrofon pada sebuah iPhone 6 iaitu dua pada bahagian atas dan satu pada bahagian bawah.

 

Masalah ini berpunca daripada mikrofon pada bahagian bawah yang memainkan peranan semasa panggilan telefon. Juruteknik kami membuat penyambungan Charging port yang baru pada motherboard dan pengujian terhadap masalah itu dilakukan. Selepas pengujian dilakukan, juruteknik kami memaklumkan kepada Encik Jamaluddin bahawa masalah ini dapat diselesaikan sekiranya penukaran Charging port dilakukan.

 

Setelah perbincangan dan mendapatkan persetujuan daripada Encik Jamaluddin, penukaran Charging port terus dilaksanakan oleh juruteknik kami dan mengambil masa 30 minit sahaja. Selepas selesai proses penukaran Charging port, juruteknik kami membuat pengujian pengecasan, penggunaan Earphone dan juga mikrofon untuk memastikan semua berfungsi dengan baik.

 

Encik Jamaluddin juga diberikan jaminan selama tiga bulan sekiranya mempunyai apa-apa masalah berkaitan dengan Charging port beliau itu. Setelah juruteknik menyerahkan semula telefon itu ke tangan Encik Jamaluddin, beliau membelek telefon itu untuk beberapa minit sebelum membuat pembayaran di kaunter bayaran. Encik Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami sebelum beliau melangkah keluar daripada premis kami.

 

Terima kasih kerana memberikan kepercayaan anda untuk membuat pembaikan telefon pintar anda di IPRO Ampang, Encik Jamaluddin!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur