Salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya ingin memperkenalkan salah seorang pelanggan kami yang datang ke IPRO Ampang untuk menerima servis pembaikan daripada kami. Beliau yang bernama Erna, seorang pengguna iPhone 6, menghadapi masalah dimana telefon beliau sering mati dengan tidak menentu atau lebih dikenali sebagai masalah “auto restart”.
PELANGGAN KAMI, PUAN ERNA

Puan Erna datang ke premis kami dengan masalah telefon iPhone 6 yang sering mati secara tiba-tiba atau lebih dikenali sebagai masalah “Auto restart” dan membuat oenukaran bateri di IPRO Ampang.
Pada permulaannya, beliau tidak perasan tentang masalah ini kerana beliau beranggapan bahawa bateri beliau sudah kehabisan dan memerlukan pengecasan. Namun begitu, masalah ini tidak berlaku sama sekali sekiranya beliau mengecas telefon, sama ada menggunakan plug atau powerbank.
Masalah ini amatlah menggantu Puan Erna kerana beliau tidak dapat menggunakan telefon beliau pada saat yang penting kerana telefon itu sering terpadam dengan sendirinya tanpa kira waktu. Sebagai contoh, apabila Puan Erna sedang menulis pesanan ringkas menggunakan telefon beliau, telefon itu secara tiba-tiba sahaja akan mati, kembali hidup setelah beberapa saat dan Puan Erna harus menulis apa yang ditulisnya semula.
Masalah yang dihadapi oleh Puan Erna berpunca daripada bateri telefon beliau sahaja. Terdapat dua perkara dimana masalah ini boleh berlaku. Salah satunya adalah apabila telefon itu mengalami kegagalan operasi software iOS yang menyebabkan perkara ini untuk berlaku. Kegagalan software ini bermaksud software yang dimuatturun adalah tidak lengkap dan perlu untuk dimuatturun sekali lagi untuk menyelesaikan masalah ini.
Kedua adalah disebabkan bateri yang bermasalah. Ini kerana bateri yang bermasalah tidak dapat untuk memberikan kuasa yang penuh dan cukup untuk digunakan oleh telefon itu untuk beroperasi dalam jangka masa yang lama. Ianya dapat dijelaskan disini bahawa telefon itu memerlukan pengecasan sepenuh masa untuk telefon itu berfungsi seperti yang sepatutnya.
SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG
Juruteknik IPRO Ampang yang bernama Mahzuz memulakan diagnosis pada iPhone 6 Puan Erna dengan membuat semakan bacaan arus pengecasan yang masuk ke dalam telefon itu. Mahzuz mendapati bahawa bacaan yang diberikan itu tidak normal dan berada pada tahap yang rendah.
Bacaan yang rendah boleh disebabkan oleh dua perkara, sama ada bateri ataupun sekiranya mempunyai masalah berkaitan dengan cip pada motherboard telefon itu. Juruteknik kami kemudian mengambil bateri yang baru untuk diuji pada telefon itu untuk mengenalpasti sama ada masalah ini masih berlaku atau pun tidak.
Selepas membuat penyambungan bateri baharu pada motherboard telefon itu, juruteknik kami menyemak bacaan arus pengecasan sekali lagi dan ianya menunjukkan pada bacaan yang normal. Pengujian masih lagi diteruskan dengan menggunakan telefon itu untuk beberapa minit untuk memastikan masalah “auto-restart” ini tidak lagi berlaku.
Jam menunjukkan 10 minit selepas pengujian dilakukan, masalah “auto restart” ini telah berjaya diselesaikan. Juruteknik kami memaklumkan kepada Puan Erna bahawa ianya berpunca daripada bateri lama Puan Erna yang rosak. Puan Erna bersetuju untuk membuat penukaran bateri iPhone 6 beliau yang mengambil masa 15 minit sahaja.
Selepas penukaran bateri dilakukan dengan sempurna, juruteknik kami kemudiannya menyemak status bateri untuk memastikan ianya berada pada kapasiti yang penuh. Untuk pengetahuan anda, bateri kapasiti yang berada dibawah tahap 80% sangatlah disyorkan untuk ditukar. Bateri kapasiti boleh disemak pada “Settings – Battery – Battery Health” pada iPhone anda.
Puan Erna diberikan jaminan selama 6 bulan untuk bateri itu sekiranya terdapat apa-apa masalah berkaitan dengan bateri itu dalam tempoh yang diberikan, beliau boleh merujuk kembali di IPRO Ampang. Puan Erna mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami atas servis yang diberikan serta tips penjagaan bateri yang dikongsikan oleh beliau. Puan Erna kemudiannya membuat pembayaran di kaunter bayaran sebelum beransur pulang.
Pihak IPRO Ampang ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Erna atas kerjasama yang diberikan dan juga kerana memilih IPRO Ampang sebagai pusat servis pembaikan telefon pintar beliau!
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur