Ahad hingga Sabtu (10am – 9pm), Jumaat (3pm – 9pm) +60 14 500 0085 [email protected]

Salam sejahtera kepada semua pembaca! Pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang masalah telefon yang dihadapi oleh salah seorang pelanggan kami. Masalah yang dihadapi beliau adalah tidak dapat membuat pengecasan pada iPhone SE beliau.

 

PENGENALAN KEPADA PERANTI PLUG-IN DAN MASALAH PENGECASAN

 

Masalah pengecasan yang tidak boleh dilakukan ini boleh disebabkan oleh dua perkara, sama ada Plug-in atau Charging IC, iaitu satu cip pada motherboard yang berfungsi untuk mengawal dan membolehkan pengecasan untuk dilakukan. Plug-in pada sesebuah iPhone SE pula adalah riben penyambungan yang mempunyai beberapa komponen yang lain iaitu Charging Port, Earphone Jack dan juga mikrofon. Masalah pengecasan ini merupakan salah satu masalah yang biasa berlaku pada semua pengguna iPhone.

 

Masalah ini boleh juga disebabkan oleh habuk atau kotoran yang terdapat dalam Charging Port itu. Sedikit penerangan tentang Plug-in, sekiranya terdapat masalah pada salah satu peranti pada Plug-in, sebagai contoh mikrofon yang rosak. Penukaran Plug-in secara keseluruhan hendaklah dilakukan untuk menyelesaikan masa ini, walaupun peranti Earphone Jack dan Charging Port masih berfungsi dengan baik. Berikut merupakan kisah salah seorang pelanggan kami yang mempunyai masalah pengecasan sebelum beliau membuat penukaran Plug-in di IPRO Ampang.

 

PELANGGAN KAMI, ENCIK FIRDAUS YUSOF

 

Repair Masalah Charging iPhone SE di Ampang 1

Encik Firdaus mempunyai masalah pengecasan pada iPhone SE beliau dan membuat penukaran Plug-in di IPRO Ampang.

 

Encik Firdaus Md Yusof datang ke IPRO Ampang dan berurusan dengan salah seorang juruteknik kami yang bernama Mahzuz. Beliau duduk berhadapan dengan Mahzuz dan menyerahkan telefon beliau kepada juruteknik kami sambil mula menceritakan masalah yang dihadapi beliau. Encik Firdaus memaklumkan bahawa masalah ini berlaku beberapa hari yang lepas apabila beliau sedang membuat pengecasan dan secara tidak sengaja, beliau tertarik dan menyentak kabel pengecasan beliau yang pada masa itu sedang disambungkan pada plug rumahnya.

 

Selepas daripada kejadian itu, beliau mendapati bahawa telefon beliau tidak lagi dapat dicas. Encik Firdaus juga memaklumkan bahawa beliau sudah mencuba beberapa buah kabel yang lain untuk memastikan bahawa ianya bukanlah berpunca daripada kabel pengecasan yang rosak. Selepas juruteknik kami mendengar penjelasan yang diberikan oleh Encik Firdaus, juruteknik kami terus memulakan proses diagnosis untuk mengenalpasti punca masalah ini berlaku.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Juruteknik kami pada mulanya membuat penyambungan pengecasan untuk menyemak arus bacaan yang mengalir pada telefon itu dan mendapati bahawa tiada sebarang pengecasan langsung pada alatan bacaan itu. Kemudian, juruteknik kami mula untuk meleraikan telefon Encik Firdaus, dengan membuka kedua-kedua skru yang berada di bahagian bawah telefon itu. Selepas juruteknik kami memisahkan LCD daripada kerangka badan iPhone SE itu, perkara pertama yang dilakukan adalah mencabut penyambungan bateri untuk mengelakkan litar pintas daripada berlaku dalam telefon itu.

 

Juruteknik kami kemudiannya mengambil peranti Plug-in yang baharu untuk disambungkan pada motherboard untuk menguji pengecasan pada telefon itu dan ianya menunjukkan tindakbalas yang positif dan pengecasan dapat dilakukan dengan baik. Juruteknik kami memaklumkan perkara ini kepada Encik Firdaus bahawa ianya sudah pasti berpunca daripada Charging Port yang rosak dan mengesyorkan penukaran Plug-in. Selepas perbincangan dilakukan oleh juruteknik kami dan Encik Firdaus, Encik Firdaus bersetuju untuk membuat penukaran plug-in yang mengambil masa 30 minit sahaja.

 

Sejurus selepas selesainya penukaran Plug-in itu, juruteknik kami mengambil sedikit masa untuk membuat pengujian sekali lagi terhadap fungsi peranti-peranti yang berkenaan dengan Plug-in seperti Earphone Jack dan juga mikrofon, untuk memastikan segalanya berfungsi dengan baik sebelum diserahkan kembali kepada Encik Firdaus. Beliau juga diberi jaminan selama 3 bulan sekiranya berlaku apa-apa masalah berkenaan dengan Plug-in itu dalam tempoh jaminan itu.

 

Encik Firdaus mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami atas servis pembaikan yang diberikan sebelum membuat pembayaran di kaunter bayaran. Pihak IPRO Ampang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Firdaus Yusof kerana memilih IPRO Ampang sebagai pusat servis pembaikan telefon pintar anda!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur