Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Hari ini saya ingin menceritakan tentang proses penukaran iPhone 7 Plus. Di sini saya ingin berkongsikan pengalaman yang anda akan rasai jika mendapatkan servis di IPRO Ampang. Proses penukaran LCD bagi model iPhone 7 Plus mengambil masa 30-45 minit di kedai kami.

PELANGGAN KAMI

Salah seorang pelanggan kami, Vijaya, mempunyai masalah dimana LCD iPhone 7 Plus pecah dan mempunyai retakan pada gelas skrin beliau. Encik Vijaya mempunyai dua pilihan LCD, iaitu Original dan bukan Original. Bagi LCD yang bukan Original mempunyai waranti selama satu hingga tiga bulan manakala bagi LCD Original mempunyai waranti selama enam bulan. Beliau juga mempunyai pilihan untuk membuat penukaran gelas sahaja tanpa menukar LCD yang asal pada iPhone beliau, dan proses penukaran gelas di IPRO Ampang memakan masa selama satu minggu. IPRO Ampang membuat penukaran gelas hanya bagi model iPhone 6 hingga iPhone 7 Plus sahaja.

Berikut adalah prosedur-prosedur awal bagi proses penukaran LCD di IPRO Ampang. Kami membuat servis secara face-to-face bagi mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan-pelanggan kami tentang perkhidmatan dan servis pembaikan di kedai kami. Encik Vijaya telah memilih untuk menukar LCD yang bukan Original, yang mempunyai waranti selama 1-3 bulan itu. Proses penukaran LCD dilakukan oleh salah seorang juruteknik kami yang berpengalaman bernama Arif.

 

 

SERVIS PENUKARAN LCD DI IPRO AMPANG

Langkah pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah dengan mematikan telefon Encik Vijaya sebelum memulakan proses penukaran LCD ini. Kemudian juruteknik kami akan membuka kedua-dua skru yang terdapat pada belah bawah iPhone itu untuk memisahkan bahagian atas dan bawah iPhone tersebut. Untuk pengetahuan anda, iPhone mempunyai meterai yang mengelilingi ruangan skrin dan kerangkanya. Meterai ini berfungsi untuk mengelakkan iPhone daripada dimasuki air. Selepas membuka kedua-dua skru tersebut, juruteknik kami memisahkan bahagian skrin dan kerangka iPhone itu. Namun begitu, cara membukanya adalah sepertimana anda membuka sebuah buku, iaitu dari bahagian tepi.

Gambar dibawah menunjukkan cara juruteknik kami membuka iPhone 7 Plus Encik Vijaya. Cara pembukaan iPhone tersebut hendaklah dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkannya daripada terputus. Ini kerana riben-riben itu mengawal keupayaan LCD untuk mengeluarkan paparan di skrin, begitu juga kamera hadapan. Riben bateri adalah riben yang harus dicabut terlebih dahulu untuk memastikan tiada sebarang pengaliran cas yang berlaku dalam motherboard, sebelum membuka riben-riben yang lain. Ini kerana dengan mencabut riben bateri akan mengelakkan daripada berlakunya litar pintas. Sebelum membuat penukaran LCD, juruteknik kami akan membuat pengujian terlebih dahulu menggunakan LCD yang baru untuk memeriksa sama ada LCD tersebut berfungsi dengan baik dari segi sensitiviti dan paparan.

 

 

Komponen-komponen seperti butang home, earpiece speaker breket, earpiece speaker, kamera, pemegang kamera, kabel sensor serta pemegang sensor haruslah dipindahkan ke LCD yang baru. Bagi mengeluarkan kabel sensor, juruteknik kami membuat penelitian dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak merosakkan sensor semasa proses pemindahan. Untuk pengetahuan anda, komponen-komponen yang dinyatakan sebentar tadi berada pada satu riben yang sama, jadi bagi mengelakkan riben tersebut untuk koyak, juruteknik kami hendaklah menggunakan peralatan yang betul bagi mengelakkan sebarang kecuaian. Back plate atau shield plate yang diletakkan pada bahagian belakang LCD juga perlu dipindahkan ke LCD yang baru. Shield plate ini berfungsi untuk melindungi LCD daripada rosak yang disebabkan oleh haba yang terkumpul semasa penggunaan telefon.

 

Setelah memindahkan semua komponen-komponen ke LCD yang baru, juruteknik kami membuat pemasangan semula dan membuat pengujian terhadap iPhone tersebut. Antara pengujian yang dibuat adalah menguji fungsi kamera depan, menguji fungsi earpiece speaker dengan membuat panggilan telefon untuk memastikan mikrofon, speaker dan sensor berfungsi dengan baik selepas penukaran. IPRO Ampang memberi tempered glass percuma bagi pelanggan kami yang membuat penukaran LCD.

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Pin It on Pinterest