Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 hriproampang@gmail.com

Pada hari ini saya akan menceritakan sebuah kisah yang dialami oleh salah seorang pelanggan kami yang datang ke IPRO Ampang untuk membuat penukaran LCD. Masalah yang dihadapi oleh beliau akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam perenggan yang berikut.

 

PELANGGAN KAMI, ENCIK AZID

 

Encik Azid, selepas membuat penukaran LCD bagi iPhone 5S beliau di IPRO Ampang.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Encik Azid datang ke IPRO Ampang dengan masalah dimana skrin iPhone 5S beliau telah retak. Juruteknik kami bernama Merza mempelawa Encik Azid untuk duduk berhadapan dengannya untuk mendengar penjelasan tentang perkara ini dan juga sekiranya beliau mempunyai apa-apa masalah lain berkenaan dengan iPhone beliau itu.

Selepas memberikan telefon beliau kepada juruteknik kami, beliau mula berkongsikan tentang bagaimana skrin beliau boleh retak dengan begitu teruk. Encik Azid menyatakan skrin yang retak itu berpunca daripada jatuh pada beberapa hari yang lepas di rumah semasa beliau menelefon rakan sekerjanya. Sebelum proses penukaran dilakukan, juruteknik kami meneliti dan menguji telefon itu untuk mengenalpasti tidak ada apa-apa masalah lain selain daripada keretakan pada skrin itu sahaja.

Juruteknik kami mendapati bahawa kamera hadapan beliau tidak berfungsi dan hanyalah mengeluarkan paparan hitam. Juruteknik kami memaklumkan perkara ini kepada Encik Azid untuk memastikan beliau tahu tentang hal ini sebelum apa-apa proses peleraian telefon dilakukan. Encik Azid yang tidak tahu tentang kerosakan kamera hadapan menanyakan pendapat juruteknik kami jika ianya memerlukan penukaran juga. Juruteknik kami memaklumkan kepada Encik Azid bahawa masalah ini harus diperiksa terlebih dahulu kerana ianya mungkin sahaja disebabkan impak daripada jatuh itu yang membuatkan riben penyambungan kamera hadapan itu tertanggal yang menimbulkan masalah ini.

Selepas berkongsi pendapat kepada Encik Azid, juruteknik kami mula untuk meleraikan telefon itu dengan mematikan telefon itu terlebih dahulu. Tujuan ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya litar pintas dalam telefon itu. Selepas memisahkan LCD daripada kerangka iPhone itu, juruteknik kami melonggarkan dan membuka skru yang menyambungkan peranti yang ada pada LCD tersebut. Juruteknik kami memberitahu Encik Azid bahawa peranti-peranti ini tidak disekalikan sekiranya penukaran LCD dilakukan.

Ini bermaksud peranti-peranti daripada LCD yang lama seperti butang Home, riben kamera dan sensor, speaker telinga dan juga shield plate hendaklah dipindahkan ke LCD yang baharu. Sebelum penukaran LCD yang baharu dilakukan, juruteknik kami membuat pengujian terlebih dahulu menggunakan LCD yang baru itu sebelum dipasangkan pada iPhone Encik Azid. Pengujian yang dilakukan itu adalah dari segi sensitiviti sentuhan untuk memastikan ianya dalam keadaan yang baik.

Setelah berpuas hati dengan pengujian itu, juruteknik kami memasangkan peranti-peranti itu semula ke LCD yang baharu. Proses penukaran LCD iPhone 5S ini dilakukan dalam 30 minit sahaja. Pemindahan butang Home hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ianya mempunyai riben yang membolehkan fungsi Touch ID iaitu untuk mengakses kata laluan menggunakan cap jari. Selepas pemindahan peranti-peranti ini dilakukan, juruteknik kami mencantumkan semula LCD dan kerangka iPhone itu dan mengetatkannya semula menggunakan skru.

Selepas menghidupkan telefon itu, juruteknik kami membuat pengujian sekali lagi untuk memastikan kamera hadapan, butang Home, speaker telinga dan juga sensor berfungsi dengan baik. Masalah kamera hadapan itu juga telah diselesaikan. Sebelum menyerahkan telefon iPhone 5S itu kepada Encik Azid, juruteknik kami memasangkan tempered glass pada iPhone tersebut untuk melindungi LCD itu daripada calar. Encik Azid berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami sebelum beliau membuat pembayaran.

Terima kasih kerana menyokong dan memilih kami sebagai pusat servis pembaikan telefon pintar anda, Encik Azid!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

Pin It on Pinterest