Ahad hingga Sabtu (10am – 9pm), Jumaat (3pm – 9pm) +60 14 500 0085 [email protected]

Berikut merupakan salah seorang pelanggan yang datang ke IPRO Ampang untuk menerima servis pembaikan daripada kami. Encik Kuan datang ke IPRO Ampang untuk membuat pembaikan LCD iPhone 6 Plus beliau dimana skrin beliau tidak menunjukkan tindakbalas yang tidak memuaskan.

PELANGGAN KAMI, ENCIK KUAN

 

Baiki LCD iPhone 6 Plus di Ampang 1

Wajah gembira Encik Kuan selepas membuat penukaran LCD iPhone 6 Plus beliau di IPRO Ampang.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Encik Kuan datang ke IPRO Ampang dengan masalah skrin telefon iPhone 6 Plus beliau tidak menunjukkan tidak balas kepada sentuhan. Beliau berurusan dengan salah seorang juruteknik IPRO Ampang yang bernama Arif. Perkara ini berlaku selepas telefon beliau jatuh Encik Kuan berkongsikan kepada Arif tentang sentuhan skrin itu berlaku secara berperingkat, dimana pada awalnya, skrin itu kadang kala menekan aplikasi dengan sendirinya.

 

Encik Kuan memberitahu lagi tentang kerisauan yang beliau alami apabila bahawa beliau pernah tertinggal telefon itu seharian di dalam keretanya dan apabila dia kembali untuk mengambil telefon itu, terdapat notis pemberitahuan yang terpapar pada skrin itu bahawa suhu telefon beliau berada pada tahap yang terlalu panas dan En Kuan harus menunggu untuk seketika sebelum beliau boleh menggunakan telefon itu semula.

 

Arif kemudian menyemak bacaan pengecasan terlebih dahulu untuk memastikan ianya berada pada tahap pengecasan yang normal. Perkara pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah membuat pengujian menggunakan LCD yang baru untuk memastikan masalah itu dapat diselesaikan. Pengujian LCD yang baharu itu dibuat selama 1-2 jam untuk memastikan bahawa ini hanyalah disebabkan oleh LCD dan bukanlah kerosakan yang berpunca daripada motherboard.

 

Terdapat satu cip pada motherboard yang mengawal fungsi sentuhan iaitu Touch IC. Selepas pengujian dilakukan, juruteknik kami berpuas hati dan pasti bahawa ini hanyalah kerosakan pada LCD sahaja. Apabila harga penukaran LCD dibincangkan oleh kedua-dua pihak, juruteknik kami membuat penukaran LCD yang mengambil masa 30-45 minit sahaja. Juruteknik kami juga membuat pengujian sekali lagi untuk memastikan peranti lain seperti Ear Speaker, kamera hadapan dan sensor, yang dipindahkan daripada LCD yang lama berfungsi seperti sedia kala.

 

Juruteknik kami juga memasangkan tempered glass secara percuma kepada Encik Kuan. Selepas juruteknik kami menyerahkan telefon itu ke tangan En Kuan, En Kuan membuat penelitian terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

 

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Kuan kerana memilih IPRO Ampang sebagai pusat pembaikan telefon anda!

 

 

ipro repair iphone pantas ampang

IPRO Ampang membuat servis pembaikan LCD, penukaran bateri dan macam-macam lagi untuk pelbagai model telefon pintar!

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: http://iphonerepairkl.com/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur