Selamat petang kepada pembaca! Pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang masalah telefon berkaitan dengan LCD. Apa yang saya maksudkan dengan masalah LCD ini adalah apabila LCD itu bergerak dengan sendirinya walaupun kita tidak menyentuh skrin, atau lebih dikenali sebagai masalah Ghost Touch.
PELANGGAN KAMI, ENCIK SAUFI

Encik Saufi mengalami masalah “Ghost Touch” dan membuat penukaran LCD iPhone 5 di IPRO Ampang.
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH ENCIK SAUFI
Masalah seperti yang saya nyatakan di atas telah dihadapi oleh salah seorang pelanggan kami yang bernama Saufi, seorang pengguna iPhone 5. Beliau telah menggunakan iPhone 5 ini lebih kurang hampir 5 tahun, pernah membuat penukaran bateri sahaja. Encik Saufi datang ke IPRO Ampang dan beliau disambut mesra oleh juruteknik kami yang bernama Merza.
Beliau menyerahkan telefon itu kepada juruteknik kami sambil mula menceritakan masalah yang terdapat pada telefon itu. Encik Saufi memberitahu bahawa masalah ini berlaku selepas telefon beliau jatuh dan keadaan menjadi makin teruk selepas itu. Pada awalnya, pernah juga dimana skrin itu membeku dan Encik Saufi tidak dapat menekan apa-apa sehinggalah beliau memadamkan skrin (sleep) dan menghidupkan semula. Apa yang berlaku sekarang pula adalah dimana skrin itu sering menekan dengan sendirinya dan tidak menunjukkan tindakbalas yang baik kepada sentuhan.
Encik Saufi menceritakan bahawa pada suatu ketika itu dimana telefon beliau membuat panggilan ke kenalan dengan sendirinya dan ianya amatlah memalukan. Setelah mendengar keluhan daripada Encik Saufi, juruteknik kami memulakan proses diagnosis pada telefon tersebut dengan membuat semakan pada arus bacaan pengecasan untuk memastikan ianya berada pada tahap yang normal.
SERVIS PENUKARNAN LCD DI IPRO AMPANG
Selepas itu, juruteknik kami mematikan telefon sebelum proses peleraian dilakukan dengan membuka dua skru yang terdapat pada bahagian bawah iPhone itu. Selepas berjaya memisahkan LCD daripada kerangka badan iPhone itu, Merza mengambil peranti LCD yang baharu untuk membuat pengujian pada iPhone itu. Setelah LCD yang baharu itu dipasangkan, Merza membuat pengujian terhadap LCD itu dengan membuat sentuhan untuk memastikan masalah “ghost touch” ini tidak berulang.
Selepas pengujian dilakukan lebih kurang 10 minit, ianya sudah pasti bahawa ini merupakan masalah LCD sahaja. Juruteknik kami menerangkan kepada Encik Saufi bahawa masalah “ghost touch” ini mempunyai dua kemungkinan, sama ada masalah LCD atau masalah pada motherboard iaitu cip Touch IC. Juruteknik kami menerangkan lagi bahawa masalah touch ic itu dapat dikenalpasti secara kasar adalah apabila penukaran LCD yang baharu dilakukan, masalah “ghost touch” itu masih lagi berlaku.
Selepas mendapat persetujuan daripada Encik Saufi, juruteknik kami membuat pengujian terhadap sensitiviti skrin sentuhan dan juga meneliti skrin paparan yang dihasilkan untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Penukaran LCD mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja di IPRO Ampang.
Selepas selesai proses pemasangan semula, juruteknik kami membuat pengujian terhadap fungsi peranti-peranti seperti speaker telinga, kamera hadapan, sensor dan juga butang Home supaya mereka berfungsi seperti sedia kala, sebelum menyerahkan semula kepada Encik Saufi. Juruteknik kami juga memasangkan tempered glass pada iPhone 5 Encik Saufi secara percuma! Encik Saufi menguji LCD baharu beliau itu untuk beberapa minit dan beliau berpuas hati dengan pembaikan yang dilakukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Merza sebelum membuat pembayaran dan beransur pulang.
Terima kasih kerana mempercayai kami untuk menerima servis kami di IPRO Ampang, Encik Saufi!
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur