Salam sejahtera kepada semua pembaca! Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang masalah telefon Huawei Nova 4E skrin retak yang dihadapi oleh salah seorang pelanggan kami sebelum beliau membuat penukaran LCD di IPRO Ampang.
PELANGGAN KAMI, ENCIK MOHD KAMIL YUSOF
Beliau yang bernama Mohd Kamil Yusof datang ke IPRO Ampang dan berurusan dengan salah seorang daripada juruteknik kami yang bernama Mahzuz. Encik Kamil duduk berhadapan dengan juruteknik kami lalu menyerahkan telefon beliau untuk mendapatkan nasihat dan cadangan daripada juruteknik kami tentang masalah itu. Encik Mohd Kamil langsung menceritakan tentang bagaimana skrin beliau mengalami keretakan yang begitu teruk.
Kejadian itu berlaku di rumah beliau semasa beliau sedang melayari internet dan membelek berita-berita di aplikasi Star, telefon beliau terlepas daripada genggamannya lalu terhempas ke lantai. Encik Mohd Kamil langsung mengambil telefon beliau dan mendapati bahawa skrin beliau telahpun retak. Namun begitu, prestasi skrin beliau masih lagi menunjukkan tindak balas yang baik, hanya keretakan pada skrin itu yang mengganggu pandangan dan juga membahayakan keselamatan sekiranya serpihan kaca itu tertusuk ke dalam jari semasa penggunaan telefon itu.
SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG
Setelah mendengar penjelasan daripada Encik Mohd Kamil, Perkara yang pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah menyemak bacaan arus pengecasan yang masuk ke dalam telefon ini. Ini bagi memastikan bahawa tiada masalah berkaitan dengan motherboard dimana kebiasaannya akan mempamerkan bacaan yang tidak normal.
Setelah mendapati bacaan arus pengecasan yang normal, juruteknik kami memaklumkan kepada Encik Mohd Kamil proses penukaran LCD telefon ini memakan masa lebih kurang 1-2 jam. Ini kerana sebelum penukaran LCD itu dilakukan, pengujian terhadap LCD yang baharu itu perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan bahawa ianya berfungsi dengan baik dari segi paparan skrin dan juga sensitiviti sentuhan skrin.
Proses penukaran LCD bagi telefon model Huawei Nova 4E memerlukan masa yang lebih lama berbanding penukaran LCD pada iPhone. Ini kerana bagi model ini, juruteknik kami perlu bermula dari bahagian gelas belakang telefon itu dimana pemanasan harus dilakukan terlebih dahulu. Peleraian gelas belakang harus dilakukan dengan berhati-hati dan perlu diberi perhatian pada dua perkara iaitu untuk mengelakkan gelas itu daripada pecah dan juga mengelakkan daripada terputusnya riben penyambungan penggunaan fungsi cap jari.
Setelah gelas belakang berjaya dipisahkan, juruteknik kami menanggalkan skru yang mengetatkan kedudukan peranti-peranti yang lain seperti riben bateri, riben kamera, riben fungsi cap jari dan sebagainya. Setelah menanggalkan skru dan mengalihkan peranti-peranti yang lain, juruteknik kami beralih ke bahagian hadapan telefon itu iaitu pada skrin untuk memberikan pemanasan pada bahagian sekeliling skrin yang digam. Selepas berjaya membuka skrin telefon itu, juruteknik kami membuat pengujian terhadap LCD yang baharu itu terlebih dahulu sebelum pemasangan yang kekal dilakukan.
Pengujian yang dilakukan itu bertujuan untuk memastikan sentuhan skrin dan paparan berfungsi dengan baik. Selepas pemasangan LCD baharu dilakukan termasuklah proses gam, pengeringan dan pemasangan semula segala peranti-peranti yang lain dilakukan, juruteknik kami membuat pengujian sekali lagi untuk memastikan ciri lain seperti fungsi cap jari berfungsi seperti sedia kala. Selepas memulangkan telefon itu kembali ke tangan Encik Kamil, beliau berpuas hati atas penukaran LCD yang dilakukan dan mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami sebelum membuat pembayaran di kaunter bayaran.
Encik Kamil juga diberi jaminan selama 1 bulan sekiranya terdapat apa-apa masalah berkaitan dengan LCD itu. Pihak IPRO Ampang sebulat suara ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Kamil kerana memilih kami sebagai pusat servis pembaikan telefon pintar anda!
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur