Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Sebelum repair iPhone no service

Cik Airis telah datang ke kedai kami membawa iPhone 13 Pro Max miliknya. Masalah iPhone ini adalah no service ataupun tidak dapat isyarat telco. Telco di Malaysia terdiri daripada Maxis, Celcom, Digi dan banyak lagi syarikat telco. Masalah sebegini mungkin berpunca daripada impak yang kuat atau iPhone masuk air. Kami cuba gunakan simkad telco lain tetapi malangnya masih no service. Sudah hampir seminggu Cik Airis menghadapi masalah iPhone no service ini. Beliau terpaksa menggunakan WiFi atau hotspot dari iPhone lain. Beliau minta kami untuk repair iPhone no service ini secepat yang boleh.

Selepas repair iPhone no service

Pertama sekali, technician membuka iPhone ini dan cabut konektor bateri. Ini adalah penting untuk pastikan tiada arus elektrik mengalir ketika proses repair iPhone. Kedua, bateri dan skrin ditanggalkan untuk membolehkan technician akses motherboard. Kemudian, motherboard dikeluarkan dengan rapi untuk proses repair motherboard iPhone. Motherboard dipanaskan dan diasingkan kepada 2 bahagian. Technician menggunakan teknik layer reball untuk repair iPhone no service ini. Seterusnya, motherboard dipasang semula untuk pastikan tiada masalah iPhone no service. iPhone sudah boleh mendapatkan isyarat telco tanpa sebarang masalah dan iPhone dipasang sepenuhnya semula. Akhir sekali, iPhone dipulangkan semula kepada Cik Airis tanpa sebarang masalah. Hubungi kami untuk sebarang repair berkaitan iPhone atau peranti lain.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]

Pin It on Pinterest