Ahad hingga Sabtu (10am – 9pm), Jumaat (3pm – 9pm) +60 14 500 0085 [email protected]

Telefon Bimbit Masuk Air

Masalah yang kebiasaannya berlaku kepada pelanggan kami adalah phone termasuk dalam air. Ini merupakan situasi yang sukar untuk dielak kerana kemalangan seperti ini boleh terjadi tanpa kita sedari, atau diluar jangkaan kita. Sebagai contoh, kebanyakan pelanggan kami memberitahu bahawa mereka tidak sedar atau terlupa untuk mengeluarkan phone dari kocek seluar mereka, dan langsung memasuki kolam renang, atau terjatuh ke dalam air laut semasa berada di pantai.

 

Repair iPhone Masuk Air di Ampang 1

 

Iphone adalah smartphone yang diberi rating IP67 untuk kalis air. IP itu adalah singkatan bagi “ingress protection”. Untuk angka yang pertama selepas perkataan itu adalah skala (1-7) bagi kalis habuk manakala angka kedua (1-9) merupakan skala untuk kalis air. IP67 bermaksud phone tersebut boleh mencecah kedalaman 1 meter dalam air selama 30 minit. Kesimpulannya, phone yang diberi rating IP67 dan IP68 (bagi iphone XS dan XS Max) mempunyai ketahanan yang unggul terhadap habuk dan air.

 

Walaubagaimanapun, iphone akan terbatal daripada waranti jika kerosakan yang berpunca daripada masuk air. Sedikit penjelasan tentang perkara ini adalah jika iphone selalu dimasuki air, efisiensi keupayaan phone tersebut untuk kalis air akan berkurang dari semasa ke semasa. Ini kerana lama-kelamaan, salutan yang menyalut komponen-komponen yang fungsinya untuk kalis air itu akan haus disebabkan oleh berlakunya evaporasi yang membuatkan ianya haus

 

Repair iPhone Masuk Air di Ampang 2

 

Kita dapat mengenalpasti jika phone itu pernah dimasuki air kerana terdapat indikator iaitu “Liquid Contact Indicator (LDI)” yang akan berubah warna jika dimasuki air. Indikator tersebut yang asalnya berwarna putih dan akan berubah ke warna merah jika terkena air. Indikator ini boleh disemak di tempat simcard anda dengan mengeluarkan “simtray”.

Repair iPhone Masuk Air di Ampang 3

 

Apakah yang anda boleh buat sekiranya phone masuk air? Terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil sekiranya perkara ini berlaku. Langkah yang pertama adalah mengeluarkan phone anda dengan serta-merta dari air bagi mengelakkan berlakunya kerosakan dalaman yang teruk. Anda dinasihati untuk tidak cuba untuk menghidupkan telefon anda kerana dengan berbuat demikian boleh berlakunya litar pintas dalam motherboard. Anda seharusnya mengelap permukaan luar iphone yang boleh dicapai anda menggunakan tuala di tempat-tempat yang boleh dibersihkan. Elakkan daripada menggunakan pengering rambut atau menjemur iphone anda dibawah matahari terlalu lama, kerana ini boleh mengakibatkan phone anda terlalu panas.

Repair iPhone Masuk Air di Ampang 4

 

Kita hanya mampu mengelap luaran iphone itu sahaja dan terbatas daripada mengeluarkan air dari ruangan-ruangan kecil seperti ruangan speaker. Iphone tidak mempunyai ciri seperti Apple Watch Series 2 yang boleh mengeluarkan air dengan memainkan frekuensi yang ditetapkan. Tetapi anda boleh memuat turun aplikasi “Sonic” di Apple Store yang mempunyai fungsi yang sama seperti Apple watch tersebut, iaitu mengeluarkan frekuensi. Tetapi aplikasi tersebut bukanlah khas untuk mengeluarkan air daripada speaker, tetapi ianya juga boleh membantu sedikit sebanyak.

 

Repair iPhone Masuk Air di Ampang 5

 

Ramai yang berpendapat bahawa dengan memasukkan phone yang dimasuki air ke dalam beg yang berisi beras. Ini difahamkan bahawa beras dapat menyerap air tetapi dengan menggunakan kaedah ini, pengewapan akan berlaku dan akan berlakunya kelembapan dalam beg tersebut. Begitu juga sekiranya anda menggantikan beras dengan menggunakan silica gel, kerana kelembapan akan terhasil juga dalam beg tersebut.

Repair iPhone Masuk Air di Ampang 6

 

Anda boleh membawa phone anda ke IPRO Ampang kerana kami akan membuat servis “chemical wash”. Proses chemical wash ini mengambil masa empat ke lima jam. Penggunaan alkohol dalam “chemical wash” berfungsi untuk mencuci segala kotoran dan karat yang terdapat di motherboard. Info yang diberikan oleh pelanggan hendaklah benar dan jelas, seperti jenis air yang dimasuki, bagi memudahkan urusan perbaikan technician kami. Sebagai contoh, sekiranya phone tersebut dimasuki air laut, ini mungkin menyebabkan motherboard itu karat (kesan putih pada motherboard). Air laut boleh mengakibatkan masalah yang agak teruk pada motherboard jika dibiarkan lama.

 

Setelah selesai proses “chemical wash” itu, kami akan memasang semula motherboard ke dalam phone dan membuat percubaan. Ini kerana kemungkinan kesan daripada masuk air tersebut boleh menjejaskan komponen phone yang lain seperti LCD, bateri atau plugin. Kebiasaannya bagi masalah masuk air ini, kita dapat melihat kesan air (watermark) di LCD dan ini boleh diselesaikan dengan menukar backlight LCD tersebut atau menukar keseluruhan LCD jika ianya tidak dapat berfungsi dengan baik. Masalah plugin pula boleh terjadi jika tidak dapat mengecas phone tersebut setelah selesai pemasangan, jadi kemungkinan perlu untuk menukar plugin.

 

Repair iPhone Masuk Air di Ampang 7

Repair iPhone Masuk Air di Ampang 8 Repair iPhone Masuk Air di Ampang 9 Repair iPhone Masuk Air di Ampang 10 Repair iPhone Masuk Air di Ampang 11