Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Repair iPhone 7 Audio IC Di KL

Salam sejahtera kepada semua pembaca! Kami di iPro Ampang harap semua pembaca kekal dalam kesihatan yang baik. Hari ini saya ingin berkongsi sebuah kisah berkenaan iPhone 7. Masalah peranti ini adalah tidak boleh membuat panggilan dan merakam audio. Kami menawarkan solusi untuk semua peranti yang bermasalah dan mengikut bajet pelanggan. Kami menyediakan komponen original dan OEM untuk memudahkan pelanggan berbajet rendah. Tempoh proses untuk menukar komponen mengambil masa 20 minit sahaja manakala pembaikan motherboard mengambil masa selama 1-3 hari. Sebarang pembaikan berkenaan motherboard mengambil tempoh masa yang lama sedikit.

Encik Syahrizal ; Pengguna iPhone 7 ; Peranti ini tidak boleh membuat panggilan dan merakam audio. Masalah ini agak normal untuk peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Masalah ini selalu melibatkan Audio IC pada motherboard.

Peranti ini boleh membuat panggilan tetapi tiada audio yang boleh didengar daripada peranti ini dan orang di panggilan ini

Peranti ini juga tidak boleh merakam sebarang audio

Motherboard peranti ini mempunyai beberapa kaki yang hilang pada Audio IC

Motherboard peranti ini sudah dibaiki dengan jumper pada beberapa kaki pada Audio IC

Motherboard dipegang dengan alat ini ketika proses pembaikan

Peranti ini sudah boleh membuat panggilan secara normal setelah dibaiki

Peranti ini juga sudah boleh merakam audio setelah dibaiki

Encik Syahrizal telah datang ke kedai kami membawa iPhone 7 miliknya yang bermasalah. Masalah peranti ini adalah tidak boleh membuat panggilan dan merakam audio. Masalah ini selalunya melibatkan Audio IC pada motherboard tetapi kami perlu periksa peranti dulu. Pertama sekali, kami memeriksa komponen peranti ini dan tiada masalah yang dijumpai. Kedua, kami memeriksa audio IC dan seperti yang kami sangkakan ianya tidak berfungsi. Kemudian, kami memanaskan kawasan Audio IC dan menggantikannya dengan Audio IC yang baru. Setelah itu, kami memasang semula peranti ini dan menguji peranti ini berdasarkan masalah yang dihadapi beliau. Tiada masalah yang dijumpai dan kami menghubungi beliau semula untuk mengambil peranti ini. Ringkasnya, proses pembaikan motherboard mengambil masa minimum selama 2 hari dan beliau berpuas hati dengan servis yang kami berikan.

iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: https://www.instagram.com/ipro_ampang_mobilefix/
Website: https://iphonerepairkl.com/

FOLLOW US TO GET THE CHEAPEST IPHONE IN THE MARKET:
Instagram: https://www.instagram.com/iproampang/ 
Telegram:
https://t.me/iproampang

RELEVANT DEVICES THAT WE HAVE REPAIRED:
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]

[BACA ARTIKEL INI DALAM VERSI ENGLISH]

Pin It on Pinterest