Ahad hingga Sabtu (10am – 9pm), Jumaat (3pm – 9pm) +60 14 500 0085 [email protected]

Encik Mujahid bertukar ke bateri Yoobao iPhone 6 beliau dimana tempoh penggunaan telefon beliau akan lebih berpanjangan lebih lama berbanding bateri Original.

 

PELANGGAN KAMI, ENCIK MUJAHID

 

Penukaran Bateri Yoobao iPhone 6 di KL 1

Encik Mujahid yang membuat penukaran ke bateri Yoobao dengan kapasiti bateri yang ditambah daripada 1810 mAh ke 2200 mAh.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Encik Mujahid datang ke IPRO Ampang dengan masalah dimana iPhone 6 beliau sering mati secara tiba-tiba. Beliau disambut mesra oleh salah seorang juruteknik di IPRO Ampang yang bernama Merza. Selepas Encik Mujahid menyerahkan telefon beliau ke tangan Merza, Merza mula untuk membuat pengujian terhadap arus pengecasan yang masuk ke telefon tersebut dan mendapati bahawa bacaan yang tidak stabil terhasil daripada pengecasan itu.

 

Selepas pengujian pengecasan dilakukan, Merza menggantikan bateri yang lama dengan bateri yang baru untuk menguji semula bacaan arus yang masuk ke telefon Encik Mujahid. Setelah penggantian bateri yang baru, barulah bacaan yang disemak menggunakan Product Schematic menunjukkan bacaan arus yang normal. Ini bermakna bateri Encik Mujahid yang lama itu mengalami masalah dimana ia tidak dapat membekalkan arus yang cukup bagi menghidupkan telefon untuk penggunaan yang lama.

 

Setelah punca masalah auto-restart dapat dikenalpasti, Merza terus menerangkan kepada Encik Mujahid dengan serta-merta tentang masalah bateri beliau itu. Encik Mujahid yang khuatir tentang masalah ini langsung bersetuju untuk membuat penukaran bateri. Beliau diberi pilihan untuk membuat penukaran bateri Original ataupun bateri Yoobao yang mempunyai kapasiti lebih besar yang ditambah untuk penggunaan yang lebih lama.

 

Encik Mujahid berminat dengan kelebihan ciri bateri Yoobao yang anti-kembung dan memanjangkan tempoh penggunaan telefon untuk lebih lama. Encik Mujahid juga diberi jaminan selama 18 bulan sekiranya mempunyai masalah dengan bateri Yoobao itu dan pihak IPRO Ampang bertanggungjawab untuk menggantikan bateri Yoobao yang baru. Proses penukaran bateri mengambil masa sepantas 15 minit sahaja.

 

Setelah penggantian bateri dilakukan, Merza menyemak status bateri Yoobai untuk memastikan bateri tersebut berada pada kapasiti yang maksimum iaitu 2200 mAh, sebelum menunjukkan kepada Encik Mujahid. Setelah berpuas hati, Encik Mujahid membuat pembayaran di kaunter bayaran sebelum beliau beredar pulang.

 

Terima kasih atas sokongan anda dan memilih IPRO Ampang sebagai pusat pembaikan telefon anda, Encik Mujahid!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: http://iphonerepairkl.com/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur