Pelanggan kami mempunyai masalah dengan skrin iPad 2 miliknya. Dia hadir ke kedai kami dan memberitahu bahawa skrin iPad 2 miliknya telah retak. Juruteknik kami memberitahu bahawa proses untuk menukarkan skrin iPad 2 tersebut mengambil masa 4 – 5 jam untuk disiapkan. Pelanggan kami bersetuju dan beritahu bahawa dia akan datang selepas skrin siap dipasang. Selepas itu, juruteknik kami membuat pemeriksaan sekali lagi untuk memastikan skrin berada dalam keadaan baik.