Seorang pelanggan kami hadir ke kedai kami dan memberitahu bahawa iPhone 6 miliknya tidak boleh dicas. Dia merupakan seorang penunggang Foodpanda dan memberitahu bahawa iPhone ini amat penting baginya untuk melakukan kerja sebagai FoodPanda Rider. Juruteknik kami membuat pemeriksaan dan mendapati bahawa Plugin pada telefonnya telah rosak dan perlukan penukaran dengan segera. Plugin bagi telefon ini mempunyai tiga komponen utama iaitu Microphone, Port Pengecas dan Headphone Jack. Sekiranya salah satu komponen rosak, Plugin harus ditukarkan. Juruteknik kami mengambil masa dalam 15 – 30 minit sahaja untuk membuat penukaran tersebut. Sebaik sahaja ditukarkan, juruteknik kami membuat pemeriksaan sekali lagi agar tiada masalah dengan port pengecasan. Telefon ini diberikan semula kepada pelanggan kami untuk membuat cubaan mengecas sebelum mengeluarkan resit kepadanya. Pelanggan kami berpuas hati terhadap penukaran tersebut dan mengucapkan terima kasih atas usaha yang ditunjukkan bagi menukarkan Plugin iPhone 6 miliknya.
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://iproampang.my/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur