OLED skrin retak dan tidak dapat sentuh
Organic Light Emitting Diode yang juga merupakan OLED telah digunakan pada tahun 2013 untuk Televisyen pada produk Samsung. Pada tahun 2017, Apple telah melancarkan iPhone X yang menggunakan teknologi OLED pada paparan skrin. Kebaikan menggunakan skrin OLED adalah ia menggunakan kuasa yang rendah, lebih terang berbanding LED biasa. Namun, keburukan menggunakan paparan OLED adalah ia sangat sensitif, mudah rosak apabila kena air dan kos yang tinggi.
Pada hari ini seorang pelanggan kami mempunyai masalah pada OLED skrin iPhone X miliknya. Kami diberitahu bahawa telefonnya mempunyai kesan retak serta tidak boleh sentuh. Oleh disebabkan itu, pelanggan kami ingin kami membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Juruteknik kami membuat pemeriksaan dan memang didapati itu merupakan masalah paparan OLED yang rosak.
Pelanggan kami memilih untuk menukarkan OLED Original penukaran tersebut dipasang oleh juruteknik kami yang hanya mengambil masa 15 – 30 minit. Selepas penukaran, OLED skrin tersebut diperiksa oleh juruteknik kami sekali lagi sebelum diberikan semula kepada pelanggan kami.
Kami berikan semula telefon itu kepada pelanggan kami dan pelanggan kami berasa puas hati kerana ia nampak seperti telefon baru. Pelanggan kami mengucapkan terima kasih atas penukaran tersebut dan berharap agar kesilapan yang sama tidak akan berlaku lagi.
Selepas Penukaran OLED Skrin iPhone X
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://iphonerepairkl.com/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur