Artikel pada hari ini mengisahkan tentang seorang pelanggan kami yang bernama Yuna Chanderan yang membuat penukaran LCD iPhone 6 beliau di IPRO Ampang. Masalah yang dihadapi beliau akan diceritakan dengan lebih lanjut pada perenggan yang seterusnya.

 

Cik Yuna merupakan pelanggan yang tetap kami kerana beliau pernah membuat pembaikan telefon pintar beliau sebelum ini dan ini bukanlah kali pertama beliau datang ke IPRO Ampang untuk menerima servis daripada kami. Salah seorang daripada juruteknik kami yang bernama Mahzuz mempelawa Cik Yuna untuk duduk berhadapan dengannya bagi memudahkan urusan dan juga untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh telefon beliau itu.

 

Cik Yuna menunjukkan skrin telefon beliau yang retak kepada Mahzuz sambil berketawa, lalu memberikan telefon tersebut kepada juruteknik kami. Ini merupakan kali ketiga beliau membuat penukaran LCD di IPRO Ampang. Cik Yuna memberitahu bahawa telefon beliau jatuh semasa beliau berada di luar sambil menggunakan telefon beliau dan secara tidak langsung telefon itu terlepas daripada genggamannya lalu terhempas di bahu jalan. Skrin telefon Cik Yuna masih lagi mengeluarkan paparan, cuma beliau mendapati bahawa fungsi Touch ID iaitu penggunaan cap jari untuk mengakses telefon selain daripada menggunakan kata laluan, tidak lagi berfungsi.

 

Setelah mendengar penjelasan daripada Cik Yuna tentang masalah telefon beliau itu, juruteknik kami mula untuk menyemak arus pengecasan yang masuk ke dalam telefon itu. Tujuan penyemakan arus pengecasan ini dilakukan adalah untuk memastikan impak jatuh itu tidak menjerumus kepada masalah yang lebih berat seperti masalah motherboard. Setelah mendapati bahawa pengecasan dalam keadaan yang normal, barulah juruteknik kami mematikan telefon itu sebelum peleraian telefon dapat dilaksanakan. Juruteknik kami meleraikan telefon itu dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada serpihan kaca skrin itu tertusuk ke dalam jari beliau.

 

Selepas berjaya mengeluarkan LCD dari kerangka badan iPhone itu, juruteknik kami menanggalkan skru dan plat yang menguatkan penyambungan riben bateri dan LCD. Selepas memisahkan sepenuhnya LCD dari kerangka badan iPhone itu, juruteknik kami membuat pengujian menggunakan LCD yang baharu untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik. Pengujian terhadap sensitiviti dan kualiti paparan skrin yang dihasilkan juga diteliti dengan rapi.

 

Setelah berpuas hati dengan prestasi LCD yang baharu itu, juruteknik kami memindahkan segala peranti-peranti yang terdapat pada LCD yang lama seperti Speaker telinga, riben kamera hadapan dan sensor, shield plate, butang Home kepada yang baharu. Penukaran LCD mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja di IPRO Ampang. Selepas pemasangan semula dilakukan, juruteknik kami membuat pengujian sepenuhnya yang merangkumi fungi kamera hadapan, sensor, speaker telinga dan juga butang Home.

 

Juruteknik kami mendapati bahawa fungsi Touch ID masih lagi tidak dapat diselesaikan. Oleh kerana itu, juruteknik kami meleraikan semula iPhone 6 Cik Yuna untuk menukar Shield Plate. Shield Plate juga memainkan peranan sekiranya Touch ID tidak berfungsi. Ini kerana pada bahagian bawah Shield Plate ini terdapat penyambungan kepada butang Home yang mempunyai fungsi Touch ID tersebut.

 

Selepas pemasangan semula dilakukan, pengujian terhadap fungsi Touch ID itu dilakukan dan ianya berjaya mengembalikan fungsi Touch ID Cik Yuna. Cik Yuna berpuas hati tentang perkara ini dan mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami sebelum membuat pembayaran dan beransur pulang.

 

Terima kasih kerana mempercayai kami dan memilih IPRO Ampang sebagai pusat servis pembaikan telefon pintar anda!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur