Salam sejahtera kepada semua para pembaca! Pada hari ini saya ingin berkongsikan sebuah kisah yang menimpa salah seorang pelanggan kami sebelum menerima pembaikan daripada kami di IPRO Ampang.
PELANGGAN KAMI, ENCIK HAZIM
Beliau yang bernama Hazim datang ke IPRO Ampang dengan masalah skrin telefon Asus Zenfone Max Pro M1 beliau retak. Beliau disambut mesra oleh salah seorang juruteknik yang bernama Merza. Encik Hazim duduk berhadapan juruteknik kami dan mula menceritakan bagaimana skrin beliau retak dengan begitu teruk.
Encik Hazim memberitahu bahawa telefon beliau terjatuh di atas jalan raya semasa beliau menunggang motosikal. Kejadian ini terjadi apabila beliau tidak perasan terdapat bonggol dan gagal untuk mengawal motosikal beliau lalu telefon beliau yang berada dalam bakul hadapan motosikalnya itu tercampak ke atas jalan raya.
SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG
Selepas Encik Hazim menyerahkan telefon beliau untuk dibaikpulih, perkara yang pertama dilakukan oleh juruteknik kami adalah menyemak bacaan arus pengecasan yang masuk ke dalam telefon itu. Ini adalah untuk memastikan tiada masalah lain yang berpunca daripada jatuh itu dan juga untuk memastikan ianya mempunyai bacaan arus pengecasan yang normal.
Proses penukaran LCD bagi Asus Zenfone Max Pro ini mengambil masa lebih kurang 1-2 jam di IPRO Ampang. Perkara yang pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah dengan membuka dua skru yang terdapat di bahagian bawah telefon itu dan juga mengeluarkan Simtray. Selepas berbuat demikian, juruteknik kami menggunakan alatan yang sesuai untuk membuka kerangka telefon tersebut.
Di sini terdapat perkara yang harus diberi perhatian kerana terdapat riben penyambungan untuk ciri “fingerprint unlock” yang berada pada bahagian dalam kerangka telefon itu. Setelah berjaya membuka kerangka telefon itu, juruteknik kami kemudian membuka skru dan plat yang menguatkan penyambungan bateri dan peranti-peranti lain.
Juruteknik kami mengambil peranti LCD yang baharu untuk membuat pengujian terlebih dahulu sebelum ianya dipasangkan dengan sepenuhnya. Selepas bateri berjaya dikeluarkan, barulah juruteknik kami boleh menanggalkan LCD telefon tersebut. Proses peleraian LCD pula perlu menggunakan blower untuk mencairkan gam yang menguatkan di sekeliling LCD tersebut.
Terdapat banyak proses yang perlu dilakukan dan kemahiran yang digunakan bagi mengelakkan daripada terkoyaknya riben peranti-peranti yang disambungkan pada motherboard. Penukaran LCD bagi Android mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan iPhone kerana LCD perlu digam untuk menguatkan serta mengutuhkan skrin pada kerangka telefon itu.
Selepas pemasangan semula dilakukan, juruteknik kami membuat pengujian terhadap sensitiviti skrin tersebut dan juga paparan skrin yang dihasilkan untuk memastikan semuanya berada pada tahap yang memuaskan sebelum menyerahkan kembali kepada Encik Hazim. Encik Hazim berpuas hati tentang servis pembaikan yang dilakukan terhadap telefon beliau itu.
Beliau juga diberi jaminan selama 1 bulan sekiranya terdapat apa-apa masalah berkaitan dengan LCD tersebut. Encik Hazim mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami sebelum beliau membuat pembayaran di kaunter bayaran.
Terima kasih kerana mempercayai kami dan memilih IPRO Ampang sebagai pusat servis pembaikan telefon pintar anda, Encik Hazim!
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur