Kerosakan yang sangat teruk pada iPhone 5
Seorang pelanggan kami mempunyai satu masalah pada iPhone 5 miliknya. Didapati bahawa telefon tersebut mempunyai kerosakan yang sangat teruk hasil daripada kemalangan yang dialaminya pada masa yang lalu.
Telefon ini diberikan kepada juruteknik kami bagi melakukan pemeriksaan lebih lanjut. Pemeriksaan yang dilakukan dalam tempoh 10 – 15 minit tersebut didapati bahawa Housing dan LCD skrin perlu ditukar kerana housing yang bengkok dan LCD yang sangat retak.
Namun, telefon tersebut perlu ditinggalkan di kedai kita dalam sehari kerana semua komponen di dalam telefon perlu dipindahkan ke housing yang baru. Pelanggan kami bersetuju dan akan datang semula pada esok hari.Waktu proses penukaran Housing dan LCD serta juruteknik kami mendapati bahawa Power Button ON/OFF juga telah rosak.
Hal tersebut diberitahu semula kepada pelanggan kami. Pelanggan kami juga bersetuju untuk membuat penukaran Power Button yang rosak itu.Selepas semua bahagian ditukarkan, telefon tersebut diperiksa semula dan telefon berjalan dengan lancar.
Selepas penukaran Housing dan LCD iPhone 5
Kami menelefon semula pelanggan kami dan memberitahunya telefon itu sudah bersedia untuk diambil. Sebaik sahaja beliau tiba di kedai kita, kami beri telefon itu kepadanya. Dia berpuas hati akan pembaikan yang dilakukan dan berpendapat bahawa telefonnya seperti telefon baru. Beliau mengucapkan terima kasih atas pembaikan tersebut.
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://iphonerepairkl.com/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur