Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Berikut merupakan salah seorang lagi pelanggan IPRO Ampang, Encik Hanif yang berminat untuk membuat penukaran bateri Yoobao bagi iPhone 7 Plus beliau.

PELANGGAN KAMI YANG BERNAMA ENCIK HANIF

 

Encik Hanif membuat penukaran bateri Yoobao iPhone 7 Plus belaiu di IPRO Ampang.

 

MASALAH TELEFON YANG DIHADAPI OLEH BELIAU

 

Encik Hanif datang ke IPRO Ampang dengan masalah bateri telefon iPhone 7 Plus yang habis dengan kadar yang sangat cepat. Juruteknik kami yang bernama Merza mempelawa Encik Hanif untuk duduk berhadapan dengannya sebelum beliau menceritakan masalah yang dihadapi dengan lebih jelas.

 

Encik Hanif mula menerangkan tentang daya ketahanan bateri iPhone 7 Plus beliau yang tidak memuaskan, iaitu bateri telefon beliau yang telah dicas penuh mengambil masa yang singkat sahaja untuk habis walaupun dengan tahap penggunaan telefon yang minimum. Encik Hanif menerangkan lagi bahawa beliau hanya menggunakan Whatsapp dan aplikasi media sosial seperti Facebook dan Instagram selama 10 minit dan mendapati pengurangan bateri sebanyak 20%.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Perkara pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah menyemak bacaan arus pengecasan iPhone 7 Plus itu untuk memastikan ianya berada pada bacaan yang normal dan juruteknik kami menerangkan tentang bacaan yang normal bagi sesebuah iPhone adalah diantara 0.9A hingga 1.0A. Encik Hanif memaklumkan bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa penukaran terhadap iPhone beliau itu.

 

Juruteknik kami menyemak status jangka hayat bateri dimana ianya berada di tahap 60%. Jangka hayat bateri iPhone yang berada dibawah 80% sangatlah disyorkan untuk membuat penukaran kerana ianya boleh mengurangkan prestasi bateri itu. Setelah penyemakan status bateri dibuat, juruteknik kami mula untuk meleraikan telefon Encik Hanif dengan memisahkan LCD daripada kerangka telefon itu supaya penukaran bateri dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

Sebelum penukaran bateri dilakukan, juruteknik kami mematikan telefon itu bagi mengelakkan berlakunya litar pintas dalam aliran yang menyambungkan komponen-komponen telefon itu. Pengujian menggunakan bateri yang baru dilakukan untuk memastikan bateri itu berada dalam keadaan yang baik sebelum dipasangkan pada telefon Encik Hanif. Beliau memilih untuk membuat penukaran bateri Yoobao yang memberikan kuasa yang lebih untuk penggunaan telefon yang lebih lama.

 

Tempoh jaminan yang diberikan pada Encik Hanif adalah selama 18 bulan dan sekiranya berlaku apa-apa masalah berkaitan dengan bateri, pihak IPRO Ampang bertanggungjawab untuk menggantikan bateri yang baharu kepada beliau. Proses penukaran bateri iPhone 7 Plus Encik Hanif mengambil masa sepantas 20 minit sahaja. Selepas penukaran bateri Yoobao dilakukan, juruteknik kami menunjukkan kepada Encik Hanif tentang status bateri kapasiti yang ditambah iaitu daripada 2900 mAh kepada 3400 mAh.

 

Selepas berpuas hati tentang penukaran itu, Encik Hanif mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami sebelum beliau membuat pembayaran di kaunter bayaran. Pihak IPRO Ampang ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Hanif kerana memilih IPRO Ampang sebagai pusat servis pembaikan telefon anda!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

Pin It on Pinterest