Penukaran Bateri Vivo V3
Pada zaman teknologi yang canggih ini, telefon pintar akan sentiasa mendapat penambahbaikan daripada pelbagai aspek sepanjang tahun. Antaranya ialah bateri yang mempunyai kapasiti yang lebih besar serta had penggunaan yang lebih lama. Namun, setiap barang elektronik mempunyai jangka hayat. Bagi bateri telefon pintar dianggarkan mempunyai jangka hayat dalam lingkungan 2 – 3 tahun. Lebih daripada itu bergantung kepada cara pengguna menjaga telefon pintar mereka.
Pada hari ini, terdapat seorang pelanggan kami yang mempunyai masalah pada telefon pintar miliknya iaitu Vivo V3. Pelanggan kami mendapati bahawa bateri telefonnya cepat habis dan ia memerlukan penukaran bateri yang baharu. Sebelum membuat penukaran, juruteknik kami akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu bagi memastikan tiada masalah lain selain daripada masalah bateri. Penukaran bateri mengambil masa 15 – 30 minit yang mana selepas penukaran tersebut, telefon itu diperiksa sekali lagi.
Dalam konklusi, telefon itu berjaya ditukarkan dan tidak mempunyai sebarang masalah lain. Kami berikan semula telefon itu kepada pelanggan kami dan sebelum beliau meninggalkan kedai kami, beliau mengucapkan terima kasih atas servis penukaran bateri serta harga yang berpatutan diberikan kepadanya.
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://iphonerepairkl.com/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur