Seorang pelanggan kami mempunyai masalah bateri kembung pada iPhone X miliknya. Dia hadir ke kedai kami dan memberitahu bahawa dia ingin menukar bateri tersebut dengan bateri Original. Bateri kembung merupakan satu perkara biasa bagi pengguna telefon pintar. Ia disebabkan mengenakan cas yang berlebihan. Cas yang berlebihan boleh menyebabkan proses kimia di dalam bateri untuk menghasilkan gas serta memanaskan bateri tersebut. Oleh itu, pengguna disarankan untuk menggunakan kabel yang mempunyai ciri – ciri Power Off dimana apabila bateri sudah penuh, kabel tersebut memotong arus elektrik daripada mengalir kepada telefon. Juruteknik kami menukarkan bateri tersebut dalam tempoh 15 – 30 minit sahaja. Selepas penukaran, juruteknik kami memastikan bateri berada dalam keadaan baik. iPhone tersebut diberikan semula kepada pelanggan kami dan pelanggan kami mengucapkan terima kasih atas penukaran tersebut.
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://iproampang.my/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur