Ahad hingga Sabtu (10am – 9pm), Jumaat (3pm – 9pm) +60 14 500 0085 [email protected]

PELANGGAN KAMI

Encik Hamizan membuat penukaran bateri bagi iPhone 6S beliau dimana ianya memberi impak yag negatif kepada skrin telefon beliau. Penukaran bateri mengambil masa 15-30 minit sahaja di IPRO Ampang. Berikut merupakan ringkasan mengenai masalah yang dihadapi oleh Encik Hamizan dan servis pembaikan yang dilakukan di IPRO Ampang untuk mengatasi masalah tersebut.

Jadi apa yang terjadi kepadanya adalah beliau memberitahu bahawa sebelum ini beliau baru sahaja menukar bateri tetapi terdapat masalah lain yang datang. Seterusnya, apa yang berlaku adalah skrin beliau telah mengalami gangguan dimana apabila disentuh, tahap sensitiviti pada sentuhan itu sangat kurang malah telah menyebabkan skrin tersebut sedikit tersekat-sekat dan tidak berfungsi dengan lancar.

 

PENUKARAN BATERI IPHONE 6S DI IPRO AMPANG 1

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH BELIAU

 

Setelah beliau berkongsi masalah kepada juruteknik kami, barulah juruteknik kami memulakan langkah dengan memeriksa bacaan menggunakan digital skematik untuk melihat sama ada bateri tersebut masih boleh digunakan ataupun bateri memang sudah rosak. Setelah mengambil bacaan pada bateri tersebut juruteknik kami mendapati bahawa bacaan pada bateri itu tidak normal dan telah menurun ketahap 0.39A – 0.35A. Kemudian juruteknik kami membuat keputusan untuk menguji menggunakan bateri yang baru daripada pihak kami.

 

Apabila proses pengujian dengan bateri yang baru dibuat, masalah pada skrin itu kembali berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Pihak juruteknik kami telah memberitahu kepada beliau bahawa bateri yang beliau gunakan itu sebenarnya adalah bateri tiruan dimana bateri tersebut itu juga tidak boleh membaca status bateri (Battery Health) pada Settings. Masalah sentuhan pada skrin beliau itu tadi adalah berpunca daripada bateri tiruan yang beliau pakai itu.

 

Bateri tiruan juga boleh memberi kesan terhadap telefon pintar anda seperti mana yang telah terjadi kepada salah seorang pelanggan kami ini. Oleh kerana itu anda perlulah mengambil berat tentang produk yang anda pilih sebelum melakukan sebarang pembaikan. Jadi, setelah mendengar tentang perkara sebegitu daripada pihak juruteknik kami, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan servis penukaran bateri baru kerana bimbang akan masalah seperti itu berlaku lagi. Juruteknik kami mengesyorkan kepada beliau tentang bateri Yoobao dimana kelebihan bateri itu adalah anti-kembung, meningkatkan kapasiti, tahan lama dari segi fizikal serta waranti  18 bulan yang ditawarkan oleh Yoobao itu sendiri.

 

Proses penukaran itu mengambil masa sepantas 15-20 minit dan servis yang ditawarkan oleh pihak juruteknik kami yang berpengalaman di IPRO Ampang sangat memuaskan hati pelanggan kami. Kini beliau terus memilih IPRO Ampang sebagai pusat servis telefon yang sangat bagus serta dapat berkongsi pelbagai tips mengenai penjagaan telefon kepada beliau dan masalah yang telah menimpa beliau itu telah selesai dengan mudah dan pantas.

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur