Penukaran Bateri iPhone 6 Di iPro Ampang
Bateri kembung adalah satu fenomena yang agak normal buat masa sekarang. Bateri akan kembung jika dicas untuk masa yang lama dan cas sambil menggunakan iPhone. ‘Over night charging’ adalah antara faktor utama untuk bateri kembung. Kami selalu memberi beberapa ‘tips’ kepada pelanggan kami untuk menjaga battery iPhone mereka.
Seorang pelanggan telah datang ke kedai kami dengan iPhone 6 miliknya yang bermasalah. Masalah yang dihadapinya adalah bateri iPhone beliau telah kembung dan menolak skrin keluar daripada ‘frame’ iPhone. Kami terus memberitahu beliau untuk menukar bateri sebelum bateri itu merosakkan skrin. Bateri yang kembung akan menolak skrin ke atas sampai skrin akan pecah. Beliau bersetuju untuk menukar bateri lamanya itu dan juruteknik kami memeriksa iPhone miliknya sebelum membuat sebarang penukaran. Kami mendapati iPhone beliau tidak mempunyai masalah lain dan juruteknik kami menyelesaikan penukaran skrin beliau dalam 20 minit. Beliau sangat gembira melihat skrinnya itu kembali normal. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana mempercayai kami dengan telefon pintar mereka.
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://iphonerepairkl.com/
Article Link:Â https://www.iproampang.com.my/?p=2976&preview=true
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur